Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga suspek kes pecah rumah direman empat hari

-

MIRI: Tiga lelaki ditangkap kerana disyaki terlibat dalam satu kes pecah rumah dan curi diperintah­kan Mahkamah Majistret di sini supaya direman empat hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie setelah membenarka­n permohonan reman dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Kamel Sulaiman @ Ibrahim dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya, Kamel memberitah­u pada 2 September lalu seorang peniaga membuat laporan polis dengan mendakwa rumahnya dipecah masuk pencuri.

Dalam aduannya, mangsa, 49, mendakwa sekitar jam 4 petang hari sama dia mendapati rumahnya di Pujut Padang Kerbau dipecah masuk pencuri melalui pintu belakang yang dibuka secara paksa.

Pemeriksaa­n lanjut mendapati beberapa barang seperti satu unit televisyen, duit syiling dalam tiga bekas dan satu unit telefon bimbit lama semuanya bernilai RM3,500 hilang.

Bertindak atas maklumat, pada 21 Oktober lalu polis menangkap tiga suspek di tiga lokasi berasingan kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Dalam permohonan lanjutnya, Kamel memberitah­u reman tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas ketiga-tiga suspek berusia 49, 33 dan 26 tahun masing-masing dari Pujut Padang Kerbau, Pujut Tanjung Batu dan Kampung Assyakirin, Bintulu diperlukan untuk membolehka­n polis melengkapk­an siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Selain itu, polis masih memerlukan masa merakamkan percakapan beramaran ketiga-tiga suspek serta mengesan barang kes.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman empat hari dan tempoh reman ke atas mereka tamat pada 26 Oktober ini.

 ??  ?? BERJAYA DITANGKAP: Anggota APM menunjukka­n ular sawa sepanjang satu meter lebih yang berjaya ditangkap.
BERJAYA DITANGKAP: Anggota APM menunjukka­n ular sawa sepanjang satu meter lebih yang berjaya ditangkap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia