Utusan Borneo (Sarawak)

Penganggur didakwa atas tuduhan khianat, ugutan jenayah

-

MIRI: Seorang penganggur didenda RM5,000 atau lima bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah melakukan khianat dan ugutan jenayah.

Jusef Rickiy Jugah, 25, dari Jalan Bypass di sini didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua- duanya jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati melakukan khianat dengan merosakkan satu unit televisyen bernilai RM1,500 kepunyaan Jugah Sumbu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu jam 2.30 petang, pada 18 Oktober lalu di sebuah rumah tumpangan belakang sekolah memandu di Jalan Bypass di sini.

Selain itu, tertuduh turut menghadapi satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua- duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh didapati melakukan ugutan jenayah dengan mengacukan sebilah pisau ke arah Siti Jugah dan Low Pui Chuan @ Balang sambil mengeluark­an katakata ugutan ‘mahu lawan’.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada masa dan tempat yang sama.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman ke atasnya diringanka­n memandangk­an ini adalah kesalahan pertamanya.

Tambahan dia tidak mempunyai pekerjaan dan semasa kejadian, tertuduh memberitah­u bahawa dia sedang mabuk.

Bagi kesalahan pertama, tertuduh didenda RM2,000 atau dua bulan penjara dan kesalahan kedua, denda RM3,000 atau tiga bulan penjara.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie manakala tertuduh tidak diwakili.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia