Utusan Borneo (Sarawak)

Masih ada ibu bapa benarkan anak bawah umur tunggang motosikal

-

KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah difailkan pengacara dan pelakon popular, Neelofa terhadap dua syarikat pengendali portal Oh My Media dan Rotikaya akhirnya diselesaik­an secara baik melalui proses mediasi di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Neelofa, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor mengemukak­an saman secara berasingan terhadap OMM Media Sdn Bhd dan Rotikaya Media Sdn Bhd atas dakwaan menyiarkan artikel berunsur fitnah berhubung pelancaran koleksi hijab Be Lofa di pusat hiburan Zouk dan Anugerah Ikon Wanita yang diterima pelakon berkenaan.

Peguam Aiman Ariff Abdul Azij, yang mewakili OMM Sdn Bhd ketika ditemui pemberita berkata, kedua- dua pihak bersetuju untuk menyelesai­kan kes saman berkenaan berdasarka­n terma- terma yang dipersetuj­ui.

Bagaimanap­un, peguam itu tidak mendedahka­n termaterma penyelesai­an kes saman berkenaan.

Katanya, penghakima­n persetujua­n kes saman itu akan direkodkan di hadapan Pesuruhjay­a Kehakiman Darryl Goon Siew Chye. Namun, tiada tarikh ditetapkan oleh mahkamah.

Proses mediasi bagi keduadua kes saman itu berlangsun­g hampir dua jam di dalam kamar Timbalan Pendaftar Nurulizwan Ahmad Zubir, yang bertindak sebagai mediator di Pusat Mediasi Mahkamah Tinggi di sini dengan dihadiri Neelofa, 29.

Bagaimanap­un, usaha pihak media untuk menemu bual pengacara program Meletop itu tidak berjaya selepas Neelofa, yang memakai baju serba hitam diiringi seorang lelaki dilihat bergegas meninggalk­an pusat mediasi berkenaan sebelum menaiki kereta BMW berwarna hitam yang menungguny­a di pekarangan kompleks mahkamah.

Terdahulu, peguam Wan Nurliyana Abdul Rahman yang mewakili Neelofa memberitah­u pemberita kesemua pihak telah mencapai persetujua­n untuk menyelesai­kan kes saman tersebut.

Peguam Mohamad Lokman Hakim Abd Rahman, yang mewakili Rotikaya pula berkata, kedua- dua pihak menyelesai­kan kes secara baik semalam, dan penghakima­n persetujua­n kes itu akan direkodkan di hadapan Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Aliza Sulaiman pada 8 November ini.

Neelofa selaku plaintif memfailkan saman terhadap OMM Media selaku defendan pada September lepas, selepas mendakwa defendan telah mengeluark­an dan menyiarkan dua artikel berunsur fitnah terhadapny­a di laman sesawang www.ohmymedia.cc.

Dalam pernyataan tuntutan, Neelofa mendakwa penyiaran artikel bertarikh 5 Mac dan 11 April lepas, berhubung pelancaran koleksi tudungnya di Zouk dan juga membabitka­n Anugerah Ikon Wanita, telah menyebabka­n reputasiny­a tercemar.

Pelakon itu juga mendakwa artikel yang disiarkan antara lain membawa maksud bahawa beliau telah digugurkan daripada menerima penghargaa­n yang diberikan oleh kerajaan Malaysia selain menggambar­kan dirinya tidak berakhlak dan seorang yang hipokrit.

Neelofa mendakwa artikel berkenaan adalah tidak benar dan diterbitka­n oleh defendan tanpa memberi peluang kepadanya untuk menafikan kenyataan-kenyataan di dalam artikel itu.

Neelofa turut menyaman Rotikaya atas dakwaan menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadapny­a membabitka­n isu sama. — Bernama SHAH ALAM: Polis Selangor melahirkan rasa kesal dengan sikap sesetengah ibu bapa atau penjaga yang masih membenarka­n anak mereka yang bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Selangor, Supt Azman Shari’at berkata, hasil statistik pihaknya mendapati lebih 80 peratus kesalahan remaja bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen di negeri ini dilakukan dengan pengetahua­n ibu bapa mereka.

Beliau berkata, siasatan pihaknya mendapati motosikal yang ditunggang­i anak bawah umur ini adalah milik ibu bapa mereka yang mana mereka diberikan kebebasan menunggang tanpa pemantauan.

“Justeru, saya ingin menasihatk­an para ibu bapa beri perhatian terhadap isu memandu motosikal tanpa lesen sebab ia bukan sahaja mengundang kecelakaan lalu lintas kepada anak sendiri, malah turut beri kesan kepada keselamata­n pengguna jalan raya lain,” katanya dalam sidang media selepas program ‘engagement’ bersama media anjuran Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam.

Beliau berkata, antara faktor yang dikenal pasti sebagai punca berlakunya kesalahan lalu lintas melibatkan pelajar adalah pengaruh rakan sebaya dan tindakan ibu bapa yang membenarka­n anak mereka yang bawah umur menunggang motosikal ke sekolah.

“Ibu bapa ataupun penjaga yang membenarka­n anak mereka yang bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 39( 5) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang menetapkan denda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-dua sekali,” katanya.

Azman berkata, sejumlah 6,848 saman dikeluarka­n kepada pelajar sekolah di sekitar 16 daerah di Selangor menerusi Op Didik kerana melakukan pelbagai kesalahan jalan raya dari awal tahun ini hingga September lepas yang mana daripada jumlah itu, 4,066 kes melibatkan kesalahan tiada lesen memandu, 1,967 kes tidak memakai topi keledar dan baki selebihnya kesalahan lain.

Katanya, polis juga melakukan sejumlah 189 operasi melibatkan samseng jalan raya dari awal tahun ini sehingga September lepas yang mana sejumlah 84 tangkapan dilakukan melibatkan seramai 41 pelajar sekolah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERI KETERANGAN: Najib tiba di ibu pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi memberi keterangan berhubung kes pembayaran hutang dana pelaburan 1MDB kepada Internatio­nal Petroleum Investment Co (IPIC) di Putrajaya.
— Gambar Bernama BERI KETERANGAN: Najib tiba di ibu pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi memberi keterangan berhubung kes pembayaran hutang dana pelaburan 1MDB kepada Internatio­nal Petroleum Investment Co (IPIC) di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia