Utusan Borneo (Sarawak)

Kedudukan Malaysia dalam CPI djangka bertambah baik

-

PEKAN: Kedudukan Malaysia dalam Indeks Tanggapan Rasuah (CPI) pada tahun ini dijangka bertambah baik berbanding tahun lepas, berikutan langkah kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil tindakan tegas menyelesai­kan kes berprofil tinggi yang berlaku sebelum ini.

Presiden Transparen­cy Internatio­nal Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata penahanan beberapa individu penting bagi membantu siasatan kes berprofil tinggi seperti 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB), Felda Global Ventures Berhad (FGV) dan Tabung Haji turut membantu negara memperbaik­i kedudukan tersebut.

“Kedudukan Malaysia dalam CPI yang dikeluarka­n Transparen­cy Internatio­nal, Berlin pada tahun lepas merupakan antara paling buruk apabila kita berada di tangga ke-62 daripada 180 negara berbanding kedudu- kan ke-55 pada tahun sebelumnya.

“Keadaan itu berlaku disebabkan kes berprofil tinggi tidak diselesaik­an kerajaan terdahulu seperti 1MDB, FGV dan Tabung Haji, tetapi kerajaan PH sekarang telah pun menjalanka­n tugas menangkap individu berkenaan dan ini akan membolehka­n kedudukan berubah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Istiadat Pengurniaa­n Darjah- Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini semalam.

Akhbar berkata, terdapat tiga faktor penting yang akan membantu sesebuah negara itu meningkatk­an kedudukan dalam CPI, melibatkan iltizam politik, keberkesan­an agensi pencegahan rasuah dan sokongan rakyat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia