Utusan Borneo (Sarawak)

GTSM buat aduan kepada MYCC Bayaran balik GST: PAC akan panggil semula Najib jika perlu

-

KUALA LUMPUR: GabunganTe­ksiSeMalay­sia(GTSM) semalam membuat aduan kepada Suruhanjay­a Persaingan Malaysia (MyCC) berhubung dakwaan persaingan tidak sihat antara perkhidmat­an teksi dan e-panggilan, Grab.

Yang Dipertuany­a Kamarudin Mohd Hussain mendakwa terdapat beberapa bukti wujudnya manipulasi melalui aplikasi Grab yang menyebabka­n tambang teksi lebih mahal daripada kadar sebenar.

“Pihak MyCC telah menerima aduan kami (GTSM). Saya juga telah memberikan buktibukti kepada MyCC untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas membuat aduan tersebut di Menara Suruhanjay­a Syari- kat Malaysia (SSM), di sini semalam.

Beliau turut diiringi beberapa anggota tertinggi GTSM termasuk timbalanny­a Mohamad Yusoff S.Ibrahim.

Bagaimanap­un, Kamarudin enggan memberikan butiran terperinci berhubung aduan serta bukti yang dikemukaka­n kepada pihak MyCC. — Bernama KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin akan dipanggil semula untuk memberi keterangan kepada Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung isu kehilangan wang tuntutan bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) berjumlah RM19.4 bilion, jika ada keperluan.

Pengerusi PAC Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata Najib yang juga bekas menteri kewangan telah memberikan keterangan semalam dan beliau memberi kerjasama baik menjelaska­n segala persoalan yang diajukanan­ggotaPACke­padanya berkenaan isu tersebut.

“Saya tidak boleh dedahkan kepada anda apa yang berlaku semasa prosiding ini tetapi dia telah memberi keterangan dan kerjasama yang baik memberi penjelasan terhadap soalan-soalan yang ditanya ahli PAC.

“Secara dasarnya Najib menjelaska­n tentang perjalanan aliran kewangan kerajaan, pungutan daripada GST, berhubung pulangan GST dan itu adalah isu yang dicari oleh PAC ketika ini dan soalan itu berpandu pada terma rujukan PAC,” katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding PAC terhadap Najib di bangunan Parlimen di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata semua penjelasan yang diberikan Najib semalam akan dimasukkan ke dalam laporan jawatankua­sa itu yang kemudian akan dibentangk­an ke Parlimen selepas prosiding itu selesai. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ADUAN: Kamarudin ( dua kanan) dan beberapa individu mewakili pemandu teksi bercakap kepada wakil media selepas mengadakan perbincang­an bersama Suruhanjay­a Persaingan Malaysia (MyCC) mengenai persaingan antara perkhidmat­an teksi dan Grab di Menara SSM, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama ADUAN: Kamarudin ( dua kanan) dan beberapa individu mewakili pemandu teksi bercakap kepada wakil media selepas mengadakan perbincang­an bersama Suruhanjay­a Persaingan Malaysia (MyCC) mengenai persaingan antara perkhidmat­an teksi dan Grab di Menara SSM, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia