Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah pendapatan Irwan serigar sebanyak RM2.94 juta

-

KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruha­n pendapatan bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dari Januari 2011 sehingga Jun 2018 adalah sebanyak RM2.94 juta, Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata jumlah gaji tersebut diterima ketika Mohd Irwan memegang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan (Dasar) dari 31 Disember, 2010 dan jawatan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan bermula 24 Ogos 2012 hingga 13 Jun 2018.

“Beliau telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaha­raan pada 24 Ogos 2012 dan bersara wajib pada 6 Mac 2017. Beliau seterusnya telah dilantik ke dalam perkhidmat­an kontrak mulai 7 Mac 2017 sehingga 6 Mac 2019.

“Bagaimanap­un, perkhidmat­an beliau telah disingkatk­an kepada 13 Jun 2018. Jumlah keseluruha­n pendapatan beliau dari Januari 2011 sehingga Jun 2018 adalah sebanyak RM2.94 juta,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Kepong) bertarikh 23 Oktober 2018.

Sehingga Jun 2018, Mohd Irwan telah memegang jawatan sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif/Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif/Pengarah dalam 23 buah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadan­kan ( MKD),” katanya.

Antara syarikat MKD yang dianggotai Mohd Irwan adalah 1Malaysia Developmen­t Bhd sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif, Bandar Malaysia Sdn Bhd (Pengerusi Bukan Eksekutif), Khazanah Nasional Bhd ( Pengarah), MyHSR Corp Sdn Bhd (Pengerusi Bukan Eksekutif) dan Wakala Global Sukuk Bhd (Pengerusi Bukan Eksekutif). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia