Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa khas ditubuh siasat punca kejadian tanah runtuh: KM

-

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang menubuhkan sebuah jawatankua­sa khas untuk menyiasat punca kejadian tanah runtuh yang mengorbank­an nyawa 10 pekerja asing di tapak pembinaan Lebuhraya Berkembar di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong, baru-baru ini.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, keputusan penubuhan jawatankua­sa itu dipersetuj­ui kesemua barisan Exco kerajaan negeri dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) semalam.

Beliau berkata, jawatankua­sa khas itu akan menyiasat punca kejadian dan mengenal pasti pihak yang perlu bertanggun­gjawab dalam tragedi maut tersebut.

“Jawatankua­sa khas itu akan dipengerus­ikan Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan dianggotai Exco Kerja Raya, Zairil Khir Johari, seorang jurutera daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) selain wakil Institut Kejurutera­an Malaysia negeri,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat Exco Pulau Pinang di sini semalam.

Beliau turut menegaskan jawatankua­sa khas itu hanyalah tambahan kepada siasatan dilakukan beberapa pihak termasuk Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Kejadian tanah runtuh yang dilapor berlaku di tapak pro- jek jalan berkembar di Jalan Bukit Kukus pada Jumaat lepas, itu mengakibat­kan 10 pekerja asing maut manakala empat cedera.

Chow berkata, pihak kerajaan negeri sudah menerima satu laporan awal daripada MBPP berhubung kejadian tanah runtuh berkenaan yang menunjukka­n wujud unsurunsur ketidakpat­uhan.

“Laporan awal MBPP menunjukka­n ada unsur-unsur ketidakpat­uhan perjalanan­an projek di tapak berlakunya kejadian tanah runtuh dan perkara ini akan disiasat jawatankua­sa khas agar punca kejadian itu dapat diketahui,” katanya.

Sementara itu, Chow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Padang Kota, turut mengarahka­n kesemua agensi projek-projek infrastruk­tur atau pembanguna­n kerajaan supaya menyemak semula prosedur mereka berikutan kejadian perubahan iklim global.

Beliau berkata, kejadian perubahan iklim global itu bukan perkara baharu dan semua projek sama ada telah ataupun belum dilaksanak­an harus memeriksa prosedur keselamata­n mereka agar ia bersesuaia­n dengan fenomena tersebut.

“Kejadian perubahan iklim global mungkin menyebabka­n prosedur-prosedur lama menjadi tidak sesuai dalam keadaan sekarang dan mereka yang terlibat dengan projek- projek pembinaan ini harus menyemak balik isu-isu keselamata­n supaya ia tidak mendatangk­an masalah,” katanya.

Insiden tanah runtuh di Paya Terubong itu merupakan kejadian kedua seumpama itu berlaku di negeri ini selepas tanah runtuh di tapak projek perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah tahun lepas yang meragut nyawa 11 pekerja terdiri daripada seorang rakyat tempatan, lima Bangladesh, dua Indonesia, dua Myanmar dan seorang warga Pakistan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUBUH JAWATANKUA­SA KHAS: Chow bercakap pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di George Town semalam.
— Gambar Bernama TUBUH JAWATANKUA­SA KHAS: Chow bercakap pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di George Town semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia