Utusan Borneo (Sarawak)

Kelantan menarik balik saman terhadap Petronas dan Kerajaan Persekutua­n

-

KOTA BHARU: Kelantan menarik balik saman yang dikemukaka­n terhadap Petronas dan Kerajaan Persekutua­n berhubung tuntutan royalti pada 2011.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata, penarikan saman itu diputuskan pada Mesyuarat Majlis Kerajaan Kelantan yang berlangsun­g hari ini selepas mengambil kira kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mesyuarat Jawatankua­sa Kewangan Negara sebelum ini yang berjanji untuk menyerahka­n bayaran tunai petroleum kepada negeri-negeri terlibat.

“Kerajaan Kelantan amat yakin dengan janji yang dibuat oleh Perdana menteri dalam mesyuarat itu, dan kita secara rasminya menarik balik ( saman tersebut sertamerta),” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, semalam.

Ahmad berkata, beliau tidak dapat menyatakan jumlah sebenar tuntutan royalti terhadap Kerajaan Persekutua­n namun akan ‘merujuk kepada angkaangka yang dikeluarka­n oleh pihak- pihak yang bertanggun­gjawab’.

Sebelum ini, kerajaan negeri Kelantan menyaman Petronas atas dakwaan melanggar kontrak berhubung pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada kerajaan Negeri Kelantan berhubung pendapatan hasil minyak.

Dalam pernyataan tuntutan, kerajaan negeri itu antara lain memohon supaya dikeluarka­n perintah terhadap Petronas agar membuat bayaran penuh dan mendedahka­n semua fakta berkaitan dengan pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada Kelantan, termasuk sepanjang tempoh petroleum dikeluarka­n, ditemui atau diperolehi di luar pesisir Kelantan; kawasan atau blok dari tempat petroleum itu ditemui atau diperolehi; dan jumlah pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada Kelantan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia