Utusan Borneo (Sarawak)

Arsenal berdepan ujian sukar di Lisbon, Chelsea mungkin tanpa khidmat Hazard

-

PARIS, Perancis: Dengan jadual padat, Arsenal akan membawa rekod 10 kemenangan berturut-turut ke Sporting Lisbon ketika buruan untuk memenangi trofi Liga Europa diteruskan hari ini sementara kelab jirannya, Chelsea, berkemungk­inan tanpa bintang utama Eden Hazard menanti kunjungan BATE Borisov dari Belarus.

Selepas mencipta kemenangan ke-10 berturut-turut dalam semua pertanding­an dengan menewaskan Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris Isnin lepas, skuad kendalian Unai Emery menjadi pasukan yang akan menjadi perhatian dalam aksi Kumpulan E.

Arsenal dan Sporting berkongsi enam mata selepas dua perlawanan, dengan Qarabag dari Azerbaijan dan Vorksla dari Ukraine, masih tanpa sebarang mata.

Sporting berada di tangga kelima Liga Portugal, empat mata di belakang pendahulu liga dengan bekas bintang Manchester United, Nani, menjaringk­an tiga gol dari tujuh perlawanan liga.

Jika Arsenal memerlukan lebih banyak sebab untuk mempercaya­i peluang mereka untuk melangkah jauh, mereka tidak perlu melihat jauh. Sebagai jurulatih Sevilla pada 2013 hingga 2016, Emery membimbing kelab itu memenangi trofi Liga Europa sebanyak tiga kali berturuttu­rut.

“Kami mula bermain dengan jiwa,” kata Emery selepas kemenangan 3-1 ke atas Leicester City, di mana bintang utama, Mesut Ozil beraksi cemerlang dan dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

“Saya fikir kami bermain beberapa aksi bola sepak seksi,” kata Ozil.

Sporting, yang menang 2-1 di Loures dalam aksi Piala Portugal dengan Nani dan Bruno Fernandes menjaringk­an gol, seharusnya lebih cergas kerana mereka bermain pada hari Sabtu.

Arsenal bermain pada hari Isnin dan Emery, yang sudah melakukan beberapa pertukaran pemain kerana jadual padat, dijangka akan membuat pertukaran baharu selepas Nacho Monreal dan Sead Kolasinac tidak dapat diturunkan.

“Semalam (Isnin) adalah hari yang buruk dari segi kecederaan,” akui Emery Selasa lepas.

Selepas memenangi keduadua perlawanan pembukaan Kumpulan L, Chelsea boleh mengambil satu langkah besar ke pusingan kedua dengan kemenangan ke atas BATE walaupun mereka mungkin beraksi tanpa Hazard.

Pemain antarabang­sa Belgium itu berkata beliau begitu teruk diasak ketika Chelsea seri 2-2 dengan Manchester United di mana beliau mungkin tidak dapat beraksi menentang BATE kerana kecederaan belakang.

“Apabila saya bangun Isnin lepas, saya berasa sakit. Malah semasa separuh masa kedua ( menentang United), saya tidak dapat memecut dengan sempurna,” katanya.

Dengan penyerang Alvaro Morata bergelut mencari gol di mana beliau hanya menjaringk­an tiga gol setakat ini, ketiadaan Hazard mungkin mengurangk­an ancaman di jentera serangan Chelsea.

Namun pemain sayap, Willian, tetap yakin dengan peluang mereka dengan mendakwa keseluruha­n kelab telah mendapat semangat baharu dengan kehadiran jurulatih baharu, Maurizio Sarri.

“Cara kami bermain musim ini, kami boleh melangkah jauh,” kata Willian.

Pada perlawanan lain, ketika Marseille membuat persediaan menentang Lazio, kelab dari Perancis itu berharap untuk mendapat pengalaman dari jurulatih Rudi Garcia dalam usaha memburu kemenangan pertama di pusingan pertama selepas seri 2-2 di Apollon Limassol.

Garcia tiba dari Roma, di mana beliau pernah berdepan Lazio sebanyak lima kali dan tidak pernah tewas.

“Tiga kemenangan dan dua seri dari lima perlawanan, saya berharap kami boleh mendapat keputusan seperti itu di sini,” kata Garcia. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CEDERA: Hazard mengerang kesakitan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London pada Sabtu lepas.
— Gambar AFP CEDERA: Hazard mengerang kesakitan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London pada Sabtu lepas.
 ?? — Gambar AFP ?? PERMATA THE CITIZENS: Silva ketika beraksi pada perlawanan di Stadium Etihad, Manchester kelmarin.
— Gambar AFP PERMATA THE CITIZENS: Silva ketika beraksi pada perlawanan di Stadium Etihad, Manchester kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia