Utusan Borneo (Sarawak)

Aksi ‘luar biasa’ Silva bantu City sentak Shakhtar 3-0

-

KHARKIV, Ukraine: Manchester City menemui rentak mereka dalam Liga JuaraJuara selepas David Silva dan Bernardo Silva menjaringk­an gol ketika menewaskan Shakhtar Donetsk 3-0 di sini Selasa lepas, dengan pengurus kelab, Pep Guardiola memuji ia sebagai satu prestasi “luar biasa”.

City kini sudah menang dua perlawanan berturut-turut di Eropah selepas dikejutkan oleh Lyon pada perlawanan pertama dan kini mendahului Kumpulan F dengan kelebihan satu mata berbanding Lyon, yang seri 3-3 di Hoffenheim pada perlawanan lain dari kumpulan yang sama.

“Di Eropah, kemenangan 0-3 adalah sesuatu yang hebat. Kami mencipta banyak peluang,” kata Guardiola kepada penyiaran BT Sport. “Ia satu keputusan luar biasa.”

City, juara Liga Perdana Inggeris, boleh mengesahka­n tempat ke pusingan kedua jika menewaskan Shakhtar pada perlawanan seterusnya di Stadium Etihad dua minggu akan datang dan mengekalka­n impian untuk memburu kejuaraan Liga Juara-Juara yang pertama dalam sejarah kelab.

“Jika kami dapat menang perlawanan seterusnya (menentang Shakhtar), mereka akan tersingkir dari saingan,” tambah Guardiola. “Selepas tewas di Lyon, kami tertekan dan saya berasa sangat gembira dengan prestasi kami malam ini.

“Kami sudah bersama dalam tiga musim dan kami saling mengenali sesama kami. Ia normal apabila anda sudah bersama selama tiga tahun berbanding setahun.”

David Silva meletakkan City di hadapan pada minit ke-30 sebelum Aymeric Laporte menambah jaringan dan Bernardo Silva melengkapk­an jaringan dua minit selepas dimasukkan dari bangku simpanan.

Guardiola dapat menurunkan Kevin De Bruyne dalam kesebelasa­n utama yang pertamanya musim ini selepas pemain tengah itu diturunkan sebagai pemain gantian pada perlawanan liga menentang Burnley Sabtu lepas, ekoran rehat selama dua bulan kerana kecederaan lutut.

City, antara pilihan juara di Eropah musim ini, kelihatan beraksi dengan lebih baik berbanding dua perlawanan sebelum ini di mana mereka tewas 1-2 kepada Lyon dan memerlukan gol kemenangan lewat Silva untuk menewaskan Hoffenheim.

Riyad Mahrez mempunyai peluang awal tetapi rembatanny­a tersasar sebelum Silva melihat tandukanny­a terkena palang tetapi pemain sayap antarabang­sa Sepanyol itu menebus kekecewaan dengan gol pembukaan beberapa saat sebelum itu apabila merembat bola muntah selepas rembatan Gabriel Jesus dihadang.

City tidak menunggu lama untuk menambah jaringan apabila Laporte menanduk satu tendangan sudut De Bruyne pada minit ke-35.

City mengekalka­n penguasaan selepas rehat dengan Silva, Mahrez dan Nicolas Otamendi mempunyai peluang tetapi gol ketiga tiba ketika berbaki 19 minit permainan apabila Bernardo Silva mengelecek pertahanan Shakhtar sebelum merembat ke pintu gol.

Penjaga gol City, Ederson Moraes juga beraksi tangkas menepis satu cubaan Junior Moraes selepas itu ketika City mencipta dua kemenangan berturut-turut yang pertama dalam Liga Juara-Juara sejak memenangi lima perlawanan pertama musim lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia