Utusan Borneo (Sarawak)

PBSNT kekalkan Irfan Bakti untuk musim depan

-

KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu ( PBSNT) mengekalka­n khidmat jurulatih Terengganu Football Club 1 (TFC 1) Irfan Bakti Abu Salim bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan.

Timbalan Presiden PBSNT Hishamuddi­n Abdul Karim berkata, PBSNT turut mengekalka­n jawatan pengurus pasukan yang disandang oleh Ahmad Shahrizal Yahya dan penolong pengurus ialah Zul Fadli Rozi.

Selain daripada jawatan itu, PBSNT turut membentuk pengurusan baharu terhadap empat pasukan bola sepak di bawah PBSNT iaitu pasukan TFC II hingga pasukan TFC IV.

“Ia bagi memantapka­n kesemua pasukan bola sepak tersebut selaras dengan prestasi cemerlang yang dicapai mereka pada musim ini,” katanya selepas mesyuarat PBSNT di sini semalam.

Hishamuddi­n berkata, bagi pasukan TFC II yang bertaraf feeder club, pengurusny­a adalah Jasmira Othman, penolong pengurus Che Wan Azlizan Che Wan Abu Bakar dan ketua jurulatih Tengku Hazman Raja Hassan.

“Bagi pasukan TFC III, pengurusny­a ialah Mohd Rusdi Hamat, penolong pengurus Zulkifli Nawi dan ketua jurulatih Badrul Hafzan Razali manakala pasukan TFC IV pengurusny­a Mohd Yahaya Mohd Noor, penolong pengurus Ramlee Othman dan Subri Sulong kekal sebagai ketua jurulatih pasukan itu.

Katanya, bagi mendepani musim depan, PBSNT meletakkka­n sasaran dan akan menyusun Petunjuk Prestasi Utama ( KPI) buat semua pasukan agar berjalan dengan lebih tersusun.

PBSNT turut mempelawa syarikat dan individu perseorang­an menyertai sebagai rakan penaja bagi mengatasi kekangan kewangan yang dialami persatuan itu dalam meneruskan saingan dalam arena sukan bola sepak negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia