Utusan Borneo (Sarawak)

Real akhiri kemarau kemenangan selepas menewaskan Plzen 2-1 pada aksi Liga Juara-Juara

-

MADRID, Sepanyol: Ia mungkin tidak memadai untuk menyelamat­kan kedudukan jurulatih Julen Lopetegui tetapi kemenangan 2- 1 Real Madrid ke atas Viktoria Plzen dalam aksi Liga Juara-Juara menamatkan kemarau kemenangan dan mengembali­kan sedikit kepercayaa­n.

Barcelona menjadi lawan Real Madrid seterusnya dalam aksi La Liga Sepanyol hujung minggu ini dan walaupun tanpa Lionel Messi, Barcelona dijangka seperti Plzen yang mensiasiak­an banyak peluang pada perlawanan di Santiago Bernabeu.

Tetapi selepas lima perlawanan tanpa menang dan tiga kekalahan berturuttu­rut, kemenangan adalah apa yang paling penting, dengan gol Karim Benzema dan Marcelo.

Ia mungkin satu lagi malam mengecewak­an selepas Patrik Hrosovsky merapatkan kedudukan ketika berbaki 12 minit permainan dan penamat mencemaska­n buat Real dengan penyokong mereka sendiri bersiul mengkritik

Saya mahu mencapai lebih daripada kemenangan selesa tetapi apa yang paling penting ialah tiga mata penuh. Julen Lopetegui Jurulatih Real Madrid

pasukan.

“Saya mahu mencapai lebih daripada kemenangan selesa tetapi apa yang paling penting ialah tiga mata penuh,” kata Lopetegui. “Ia boleh menjadi titik penentu.”

Real bertahan untuk mengembali­kan saingan mereka dalam Kumpulan G, di mana juara bertahan kejohanan itu kini berkongsi enam mata dengan AS Roma.

Sama ada Lopetegui masih membimbing kelab pada perlawanan timbal balik di Republik Czech bulan hadapan akan men- jadi persoalan walaupun beliau yakin beliau akan masih membimbing kelab untuk menentang Barcelona.

“Saya sememangny­a yakin,” katanya.

Presiden Real, Florentino Perez mungkin sudah membuat kepu- tusannya tetapi ia hanya persoalan bila.

Menentang Barcelona hujung minggu ini mungkin tugas terlalu sukar untuk jurulatih baharu tetapi kekalahan di Nou Camp juga mungkin menamatkan tugas seseorang jurulatih.

Lopetegui meletakkan kesemua empat pemain baharu kelab di bangku simpanan termasuk Alvaro Odriozola, yang menggantik­an Lucas Vazquez di pertahanan kanan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? LASAK: Marcelo (bawah) melakukan terjahan keras ke atas pemain Plzen ketika bersaing pada perlawanan di di Santiago Bernabeu, Madrid kelmarin.
— Gambar AFP LASAK: Marcelo (bawah) melakukan terjahan keras ke atas pemain Plzen ketika bersaing pada perlawanan di di Santiago Bernabeu, Madrid kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia