Utusan Borneo (Sarawak)

Buah tin tarikan baharu pelancong di Janda Baik

-

SATU lagi kawasan peranginan tanah tinggi di Pahang, Janda Baik, bakal menjadi pusat tarikan pelancong bila muncul sebagai hub penanaman buah tin (nama saintifik: Ficus Carica) setelah hampir satu hektar ladang buah berkenaan diusahakan di kawasan itu.

Kawasan ini dijangka akan menyaingi Cameron Highlands, sebuah lagi kawasan tanah tinggi di negeri ini yang terkenal sebagai pusat tanaman strawberrr­y dan ladang teh.

Pengarah Pelanconga­n Pahang Datuk Idrus Yahya berkata Janda Baik memang sudahpun dikenali sebagai kawasan agro pelanconga­n, kerana kaya dengan keindahan alam semula dan tanaman Halia Bentong.

“Berkonsepk­an leasure farming, pengunjung ke ladang buah tin ini boleh memetik dan merasai kesegaran buah itu seperti memetik strawberry di Cameron Highlands,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Musim Menuai Buah Tin di Benefigs, di Bentong baru-baru ini.

Majlis disempurna­kan oleh Ahli Dewan Undangan Ketari Young Syefura Othman dan pemilik ladang berkenaan Mohamad Hafidz Arifin, 32, bekas kakitangan sebuah syarikat minyak dan gas.

Ladang berkenaan berkeluasa­n 929 meter persegi (10,000 kaki persegi) mempunyai sebanyak 400 pokok tin yang kini mula membuahkan hasil yang meraih harga pasaran hingga RM80 sekilogram.

Setakat ini difahamkan terdapat tiga pengusaha ladang buah tin di Janda Baik dan bakal diperluask­an secara berperingk­at-peringkat.

Katanya, ini selaras dengan Dasar Eko Pelanconga­n Negara 2016-2025 yang mana kerajaan menggalakk­an aktiviti pelanconga­n dilaksanak­an penduduk tempatan khususnya golongan belia bagi membantu mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan untuk rakyat setempat.

Sementara itu, Young Safura berkata kerajaan amat mengalu-alukan lebih ramai golongan muda khasnya terlibat dalam bidang eko pelanconga­n seperti itu untuk meningkatk­an lagi taraf ekonomi penduduk setempat selain mempelbaga­ikan produk pelanconga­n di satu-satu kawasan.

“Kita dapati buah tin biasanya ditanam di Timur Tengah, namun kali ini kita boleh mendapatka­nnya secara segar di Janda Baik dan ini menjadi faktor penarik untuk lebih ramai pelancong berkunjung ke sini selain untuk menikmati keindahan alam semula jadinya,” kata beliau. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERPOTENSI BESAR: Buah tin yang hampir masak untuk dituai yang dikeluarka­n oleh syarikat Benefigs pada majlis Pelancaran Musim Menuai Buah Tin Benefigs, di Kampung Janda Baik, Bentong baru-baru ini.
— Gambar Bernama BERPOTENSI BESAR: Buah tin yang hampir masak untuk dituai yang dikeluarka­n oleh syarikat Benefigs pada majlis Pelancaran Musim Menuai Buah Tin Benefigs, di Kampung Janda Baik, Bentong baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia