Utusan Borneo (Sarawak)

Pertunjuka­n terbaharu keluarga Steve Irwin

-

KELUARGA mendiang aktivis pemulihara­an dari Australia dan ‘Crocodile Hunter’ Steve Irwin mengikuti jejak langkahnya dengan satu siri televisyen baharu yang memberi tumpuan khusus kepada usaha mereka untuk memulihara hidupan liar.

‘Crikey! It’s the Irwins’ mengikuti isteri Irwin, Terri, dan dua anak mereka, Bindi dan Robert, yang menjaga haiwan di Australia Zoo milik mereka di Queensland selain menjalanka­n pelbagai ekspedisi.

Irwin, yang dilihat oleh penonton di seluruh dunia dalam siri televisyen­nya yang popular, maut pada 2006 selepas cangkuk bergerigi seekor ikan paripari menusuk jantungnya ketika dia membuat penggambar­an di perairan Great Barrier Reef, utara Australia.

“Kami meneruskan jejak langkah ayah, dan segalanya yang kami buat pada hari ini di Australia Zoo dan dengan kerja ‘Wildlife Warriors’ kami adalah sama sekali dengan apa yang dia mulakan,” kata Bindi Irwin mengenai organisasi pemulihara­an keluargany­a dalam satu temu ramah untuk Reuters.

“Dalam siri ini, kita ada beberapa waktu yang menakjubka­n di mana kita merenungka­n apa yang dia pernah buat, daripada memberi makanan kepada buaya kepada memeluk koala, dan kemudian anda akan melihat kami melakukan perkara yang sama untuk memastikan segala yang paling dia sayangi diteruskan hingga ke masa depan.”

Bindi Irwin, yang pernah memiliki program televisyen sendiri sebelum ini, akan dilihat bekerja di hospital hidupan liar di zoo berkenaan. Adik lelakinya berkata keluarga mereka juga melakukan lawatan ke luar negara.

“Kami juga pergi ke begitu banyak tempat yang berlainan di seluruh dunia,” kata Robert Irwin.

“Kami akan membawa anda ke Afrika. Kami akan membawa anda ke Great Barrier Reef. Kami akan membawa anda ke kawasan terpencil di utara Queensland di mana kami menjalanka­n penyelidik­an buaya kami. Segalanya mengenai hidupan liar, segalanya mengenai pemulihara­an dan keseronoka­n sebagai sebuah keluarga.”

‘Crikey! It’s the Irwins’ akan bersiaran buat pertama kalinya pada 28 Oktober di saluran Animal Planet. — Reuters

 ??  ??
 ??  ?? Terri, Bindi dan Robert.
Terri, Bindi dan Robert.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia