Utusan Borneo (Sarawak)

Eskalator runtuh di Rom, lebih 20 tercedera

Insiden di stesen kereta api bawah tanah itu didakwa angkara peminat bola sepak dari Rusia

- Muka

ROM: Lebih 20 orang, kebanyakan­nya peminat bola sepak dari Rusia, cedera kelmarin apabila eskalator di sebuah stesen kereta api bawah tanah di tengah Rom runtuh, kata anggota bomba.

Kebanyakan mereka yang cedera, seorang serius, mengalami kecederaan kaki selepas tersepit dalam jentera eskalator yang rosak, media Itali menambah.

Video drama itu menunjukka­n eskalator yang turun di stesen Repubblica tiba-tiba dan secara dramatik bergerak laju dengan puluhan orang di atasnya, ramai yang menjerit apabila mereka terjatuh di atas satu sama lain di bahagian bawah tangga yang bergerak itu.

Laporan media menyebut saksi bercakap mengenai peminat bola sepak, yang seakan-akan mabuk, melompat dan menari di atas eskalator sejurus sebelum ia runtuh tetapi penyokong menafikan ini pernah berlaku.

“Walau apa pun, kami di sini untuk memahami apa yang telah berlaku dan memberikan sokongan kami kepada mangsa yang cedera dan keluarga mereka,” kata datuk bandar Rom, Virginia Raggi, kepada wartawan di tempat kejadian.

Beberapa mangsa kelihatan ditutupi selimut dan ada yang memakai pendakap leher ketika mereka dibawa dari tempat kejadian dengan pengusung oleh kru kecemasan.

Beberapa siasatan sudah dibuka, dan stesen kereta api bawah tanah dekat stesen kereta api Termini di Rom telah ditutup.

Kejadian yang dahsyat itu berlaku sekitar 1730 GMT, sejam lebih sebelum sepak mula perlawanan Liga JuaraJuara antara Roma dari Itali menentang kelab Rusia, CSKA Moscow.

Penyokong Rusia sedang menuju ke kereta api bawah tanah yang menghubung­kan mereka dengan kereta api ke stadium.

Kawalan keselamata­n diperketat­kan di Rom bagi kira-kira 1,500 penyokong dari Rusia, terkenal kerana kekasaran mereka, yang dijangka menonton perlawanan.

Seorang penyokong Rusia, yang dilarang memasuki stadium, sudah pun dihentikan di lapangan terbang ketika dia cuba masuk.

Namun menurut media Itali, ini tidak menghalang pelbagai insiden di sekitar stadium yang menganjurk­an perlawanan. Seorang penyokong Rusia ditikam dengan pisau, dan dua lagi cedera dalam pertelingk­ahan dengan penyokong lain.

Roma memenangi perlawanan peringkat kumpulan 3-0, dan tweet selepas perlawanan bahawa: “Fikiran semua orang di #ASRoma adalah bersama penyokong yang cedera sebelum perlawanan pada malam ini. Kelab itu akan melakukan segala yang termampu untuk memberikan bantuan dan sokongan sewajarnya kepada mereka yang memerlukan.”

Sebuah kumpulan penyokong CSKA, Red-Blue World, menubuhkan tabung kutipan bagi mereka yang cedera, selain penyokong yang cedera dalam keganasan dekat stadium.

Pengangkut­an awam di Rom sering dikritik sebagai menggunaka­n peralatan yang ketinggala­n zaman.

Sejak beberapa tahun lalu, lebih 12 bas perbandara­n terbakar ketika dalam perkhidmat­an, dengan beberapa laporan tentang penumpang kereta api bawah tanah yang cedera disebabkan oleh perkakasan yang rosak.

Keruntuhan jambatan yang besar di Genoa pada Ogos lalu – yang mengorbank­an 43 orang – turut menimbulka­n persoalan tentang keselamata­n dalam infrastruk­tur pengangkut­an di Itali.

Insiden di atas eskalator telah menyebabka­n kecederaan, dan malah kematian, di seluruh dunia.

Pada 2015, seorang wanita maut selepas dia terjatuh ke dalam lantai sebuah eskalator di sebuah gedung serbaneka China.

Rakaman kamera keselamata­n menunjukka­n panel dalam lantai terbuka ketika wanita itu hendak melangkah dari eskalator. Ketika dia terjatuh separuh jalan, dia menolak anak lelakinya ke hadapan, dan seorang pembantu kedai berdekatan mengheretn­ya ke tempat selamat.

Pada Mac 2017, kirakira 20 orang tercedera di sebuah pusat beli-belah di Hong Kong apabila eskalator tiba-tiba bertukar arah, menyebabka­n orang terjatuh ke bawah. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? RUNTUH: Gambar menunjukka­n sebahagian eskalator di sebuah stesen kereta api bawah tanah di tengah Rom yang runtuh kelmarin.
— Gambar Reuters RUNTUH: Gambar menunjukka­n sebahagian eskalator di sebuah stesen kereta api bawah tanah di tengah Rom yang runtuh kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? TERCEDERA: Anggota bomba memindahka­n seorang mangsa yang tercedera selepas eskalator di sebuah stesen kereta api bawah tanah di tengah Rom runtuh kelmarin.
— Gambar AFP TERCEDERA: Anggota bomba memindahka­n seorang mangsa yang tercedera selepas eskalator di sebuah stesen kereta api bawah tanah di tengah Rom runtuh kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia