Utusan Borneo (Sarawak)

Trump ejek ‘penyembuny­ian paling buruk’ dalam kes Khashoggi

-

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) kelmarin berkata ia akan menarik balik visa warga Saudi yang terlibat dalam pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi, manakala Presiden Donald Trump mengejek tindakan negara itu sebagai “salah satu penyembuny­ian paling buruk” dalam sejarah.

Langkah itu diambil ketika Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata pembunuhan Khashoggi dalam konsulat Saudi di Istanbul telah dirancang dengan teliti, dalam ucapan yang membayangi forum pelaburan yang sudah lama dirancangk­an di Riyadh.

Pemimpin Saudi menafikan pembabitan dalam pembunuhan itu, dan meletakkan tanggungja­wab ke atas rangkaian pemerintah bawahan.

Putera Mahkota Mohammed bin Salman “dengan keras berkata baginda tidak ada kaitan dengan ini, ini adalah pada peringkat bawahan”, kata Presiden AS Donald Trump, yang menambah beliau sudah bercakap Isnin lepas dengan putera itu dan ayahanda baginda, Raja Salman.

Trump berkata pihak Saudi mempunyai “konsep asal yang sangat buruk” apabila mereka membunuh orang dalaman Saudi berusia 59 tahun yang menjadi pengkritik itu.

“Ia dijalankan dengan buruk dan penyembuny­ian itu merupakan antara yang terburuk dalam sejarah penyembuny­ian,” kata Trump.

“Ia adalah satu kegagalan yang besar sama sekali,” ujarnya kemudian. “Saya menyatakan mereka tidak sepatutnya memikirkan­nya. Apabila mereka memikirkan­nya, semua perkara lain yang mereka buat juga buruk. Ia tidak sepatutnya berlaku.”

Berdepan dengan seruan yang semakin meningkat bagi langkah tegas oleh penggubal undang- undang AS yang menjangkau spektrum politik, Jabatan Negara berkata ia sudah mengenal pasti 24 warga Saudi dengan visa yang akan ditarik balik atau tidak layak untuk visa pada masa depan.

“Hukuman ini bukan kenyataan terakhir mengenai perkara ini dari AS,” kata Setiausaha Negara Mike Pompeo kepada pemberita.

“Kami menerangka­n dengan sangat jelas bahawa AS tidak menerima tindakan seperti ini untuk menutup mulut Encik Khashoggi, seorang wartawan, menerusi keganasan,” katanya.

Diplomat tertinggi AS itu berkata suspek Saudi datang dari “jabatan perisikan, kerabat diraja, kementeria­n luar dan kementeria­n Saudi lain”.

Pompeo menambah, AS juga sedang meneliti sama ada untuk mengambil tindakan di bawah undang-undang yang dinamakan sempena Sergei Magnitsky, akauntan antirasuah yang meninggal dunia dalam tahanan Rusia, untuk mengenakan sekatan kewangan ke atas individu di sebalik kematian Khashoggi.

Tindakan awal AS ke atas pihak Saudi diambil tiga minggu selepas Khashoggi, yang hidup dalam buangan sendiri di bandar pinggir Washington, hilang dalam konsulat berkenaan dan selepas kenyataan yang bercanggah dibuat oleh Trump, yang menolak langkah besar seperti mengurangk­an jualan senjata kepada rakan pertahanan utama mereka itu.

Naib Presiden Mike Pence, dalam satu penampilan di The Washington Post, di mana Khashoggi menjadi penulis pendapat yang memberi sumbangan, mengecam “pembunuhan kejam” itu.

Beliau menambah ucapan Erdogan – kenyataan paling berisi mengenai kes itu oleh pemimpin Turki itu – menyangkal dakwaan pihak Saudi sebelum ini.

Arab Saudi – dengan putera mahkota yang bercita- cita tinggi dan sedang mengumpul kuasa – pada mulanya mendakwa Khashoggi meninggalk­an konsulat dengan bebas selepas melawatnya, di mana beliau melengkapk­an dokumen untuk perkahwina­nnya yang bakal berlangsun­g.

Namun selepas tekanan meningkat, media kerajaan Saudi mengubah cerita dan berkata Khashoggi mati selepas pertengkar­an bertukar menjadi kejadian tumbukmenu­mbuk, satu laporan yang dikecam dengan pantas di luar negara walaupun pada mulanya Trump berkata beliau mendapati ia boleh dipercayai.

Erdogan berkata sebuah pasukan yang dianggotai 15 orang tiba dari Riyadh untuk membunuh Khashoggi, menjalanka­n kerja peninjauan di luar Istanbul dan mematikan kamera keselamata­n di konsulat terbabit.

Beliau berkata 18 suspek yang ditahan oleh Arab Saudi harus diekstradi­si ke Istanbul untuk menghadapi perbicaraa­n dan menuntut siasatan ke atas mereka yang ada “kaitan paling kecil sekalipun” dengan kes itu.

Pemimpin Turki itu tidak menyebut tentang beberapa dakwaan paling ketara yang muncul dalam media Turki sejak beberapa hari lalu, khususnya bahawa mayat Khashoggi telah dikerat kepada beberapa bahagian, dan terdapat rakaman audio bagi pembunuhan itu.

Bagaimanap­un beliau mengesahka­n seorang pegawai Saudi membawa watak sebagai pengganti Khashoggi, dengan memakai baju wartawan itu untuk berpura-pura meninggalk­an konsulat.

Lokasi mayat Khashoggi masih belum diketahui. Polis Turki sedang mencari sebuah kereta yang ditinggalk­an milik konsulat Saudi di tempat letak kereta bawah tanah dalam daerah Sultangazi di Istanbul.

Seorang profesor di universiti Sciences Po di Paris, Jana Jabbour, berkata hakikat bahawa Erdogan tidak memilih retorik yang lebih tajam terhadap Riyadh membayangk­an kedua-dua negara sedang bercakap di belakang tabir. “Ucapan Erdogan yang sangat sederhana menunjukka­n satu persetujua­n telah dicapai,” katanya kepada AFP.

Namun sekutu masih bimbang.

Kumpulan Tujuh negara maju menyebut dalam satu kenyataan bahawa pembunuhan itu meninggalk­an “banyak soalan yang tidak dijawab”.

Denmark turut memanggil duta Saudi berhubung kes itu.

Pembunuhan itu menarik tumpuan kepada Mohammed bin Salman, yang dipuji sebelum ini kerana menjalanka­n reformasi di negara baginda, tetapi kini dituduh mengarahka­n pembunuhan Khashoggi.

Satu sidang kemuncak pelaburan penting, yang digelar ‘Davos di gurun”, dibayangi pembatalan nama besar ketika ia bermula di Riyadh.

Puluhan eksekutif, termasuk dari bank-bank Goldman Sachs dan JP Morgan serta aplikasi panggilan tumpangan Uber menarik diri daripada acara selama tiga hari, Inisiatif Pelaburan Masa Depan.

Penganjur Saudi cuba menggambar­kannya sebagai urusan seperti biasa, dan mengumumka­n 12 “perjanjian mega” bernilai lebih AS$50 bilion (RM200 bilion) dalam sektor-sektor minyak, gas, infrastruk­tur dan lain-lain.

Namun Menteri Tenaga Khalid al- Falih mengakui “kami sedang mengalami krisis”.

 ?? — Gambar AFP ?? BUKTI CCTV: Gabungan gambar daripada video CCTV polis diperolehi melalui akhbar Turki Sabah, didakwa menunjukka­n Khashoggi (kiri) tiba di konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober dan seorang lelaki (kanan) meninggalk­an premis tersebut dengan memakai janggut palsu dan pakaian yang sama dengan Khashoggi pada 10 Oktober.
— Gambar AFP BUKTI CCTV: Gabungan gambar daripada video CCTV polis diperolehi melalui akhbar Turki Sabah, didakwa menunjukka­n Khashoggi (kiri) tiba di konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober dan seorang lelaki (kanan) meninggalk­an premis tersebut dengan memakai janggut palsu dan pakaian yang sama dengan Khashoggi pada 10 Oktober.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia