Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 15 kementeria­n, 60 agensi terlibat dalam pembanguna­n PKS

-

KUALA LUMPUR: SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp) berharap programpro­gram pembanguna­n di bawah kementeria­n dan agensi kerajaan akan dapat peruntukan yang mencukupi di bawah Bajet 2019.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rizal Nainy berkata lebih daripada 15 kementeria­n dan 60 agensi sedang terlibat dalam pelbagai program pembanguna­n PKS.

“Kami di SME Corp juga mempunyai strategi jangka panjang, antaranya adalah untuk mewujudkan syarikat perniagaan yang lebih inovatif dan produktif supaya sumbangan mereka kepada ekonomi, terutama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat,” katanya.

Rizal berkata demikian kepada pemberita semasa SME CEO Forum 2018 di sini semalam.

Katanya lagi, SME Corp, yang diletakkan di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan, sebelum ini telah menggarisk­an pelan strategik bagi membantu golongan isi rumah berpendapa­tan rendah ( B40) termasuk usahawan belia dan wanita.

“Matlamat pelan itu adalah untuk membantu kumpulan sasar ini yang mana kami lihat boleh membuat sumbangan yang lebih banyak kepada pertumbuha­n ekonomi,” katanya.

Sebagai contoh, SME Corp menyaksika­n jumlah usahawan wanita di Malaysia semakin bertambah.

“Sekarang ini, lebih kurang 20.6 peratus daripada jumlah PKS, atau bersamaan dengan lebih 187,000 pertubuhan perniagaan di negara ini dimiliki oleh wanita.

“Ini bermakna mereka memegang lebih daripada 51 peratus kepentinga­n dalam sesebuah syarikat, atau mereka adalah Ketua Pegawai Eksekutif atau Pengarah Urusan yang memegang kira-kira 10 peratus ekuiti dalam syarikat berkenaan,” katanya.

Beliau ketika mengulas mengenai program bantuan kepada kumpulan B40, berkata bantuan itu lebih berbentuk membantu mereka mendapatka­n akses kepada pembiayaan.

“Mudah-mudahan dengan tawaran pembiayaan mikro, terutamany­a apabila teknologi kewangan mula melonjak, mereka akan lebih sedar dan menggunaka­n kemudahan ini, selain daripada bergantung semata-mata kepada perbankan konvension­al,” katanya.

Rizal berkata akses kepada pembiayaan merupakan salah satu fokus dalam enam Pelan Induk PKS (2012-2020), yang juga selaras dengan tumpuan yang dinyatakan semasa kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke- 11 baru- baru ini.

“Akses kepada pembiayaan sentiasa menjadi salah satu cabaran kepada PKS.

“Bagaimanap­un, programpro­gram yang sesuai, yang dijalankan oleh kerajaan seperti pengenalan kepada pembanguna­n keupayaan dan kebolehan, termasuk program latihan, juga membantu PKS untuk pergi lebih jauh,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus menyalurka­n geran kepada usahawan di bawah Bajet 2019 namun penilaian terperinci mengenai perniagaan itu akan dilakukan terlebih dahulu.

Ketika memberi jaminan itu, Menteri Pembanguna­n Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata ini penting bagi memastikan kementeria­n benar- benar memahami perniagaan dan ia layak menerima kemudahan itu.

“Kita akan memberi geran itu hanya selepas benar-benar jelas dan memahami perniagaan tersebut. Ini tidak sepertiman­a (pelaksanaa­n) sebelum ini yang mana tiada sebarang penilaian awal dilakukan,” katanya pada sidang media di sini, kelmarin.

Mengulas Dasar Keusahawan­an Negara, Mohd Redzuan berkata, kementeria­n itu masih dalam peringkat memperkema­skan deraf dasar itu yang dijangka dibentangk­an pada bulan depan.

“Kita baharu sahaja selesai sesi pemukiman dengan para pegawai dan akan mengumumka­n maklumat lanjut mengenai dasar itu bulan depan. Kita berharap untuk mencapai sasaran bagi meningkatk­an sumbangan usahawan Bumiputera kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya.

Sebelum ini, Mohd Redzuan mengumumka­n hasrat kerajaan untuk meningkatk­an sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terhadap KDNK kepada 42 peratus menjelang 2020 berbanding 37 peratus ketika ini.

Beliau berkata, kerajaan juga akan melancarka­n program bagi melonjakka­n sumbangan Bumiputera kepada KDNK.

Dalam pada itu, Mohd Redzuan berkata kementeria­n itu merancang untuk melaksanak­an lebih banyak program berkaitan industri ukiran kayu bagi menarik penyertaan lebih ramai usahawan muda berikutan potensi pertumbuha­nnya yang besar.

“Industri ukiran kayu di Malaysia masih belum dimanfaatk­an sepenuhnya. Pada 2017, ada hampir 400 usahawan yang terlibat dalam industri ini dengan kira- kira 1,300 pekerja,” katanya.

Beliau turut membanding­kan industri itu di Malaysia dengan di Jepara, Jawa Tengah, Indonesia yang dipergiatk­an oleh 80,000 usahawan dan seramai 250,000 pekerja.

Mohd Redzuan melakukan lawatan kerja dua hari ke Jepara yang berakhir Isnin, bagi meneliti industri itu selain meninjau peluang kerjasama antara Malaysia dan Indonesia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia