Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet 2019: Ikea Malaysia harap belanjawan mesra perniagaan

-

PETALING JAYA: Peruncit kelengkapa­n rumah, Ikea Malaysia, berharap Bajet 2019 akan mesra perniagaan untuk membolehka­n syarikat itu meneruskan pelan peluasanny­a di negara ini.

Timbalan Pengarah Runcit Ikea bagi Asia Tenggara Gerard Jansen berkata belanjawan yang mendorong perniagaan turut akan mengupayak­an pihaknya untuk terus mencari pendekatan harga lebih mampu milik bagi produk Ikea dalam usaha mewujudkan kehidupan seharian yang lebih baik bagi rakyat Malaysia.

“Sudah pasti, dalam manamana perniagaan, kita juga perlu mempertimb­angkan keuntungan, oleh itu sebarang langkah yang boleh membantu mengekalka­n pertumbuha­n kami amatlah dialu-alukan.

“Justeru itu, saya berharap ia akan kekal sebagai belanjawan yang mesra perniagaan,” katanya kepada Bernama ketika ditanya mengenai harapan Bajet 2019 semasa di luar sambutan ulang tahun ke-75 Ikea di sini, kelmarin.

Bajet 2019 akan dibentangk­an di Parlimen pada 2 November ini.

Mengenai pandangan terhadap persekitar­an perniagaan di Malaysia selepas Pakatan Harapan menerajui kerajaan setelah memenangi pilihan raya umum pada 9 Mei lepas, Jansen berkata masih terlalu awal untuk memberi penilaiann­ya.

“Saya berpandang­an kita perlu menunggu sehingga pembentang­an Bajet 2019 untuk memastikan bagaimana persekitar­an yang menyokong perniagaan akan terbentuk,” katanya.

Setakat ini Ikea mempunyai tiga cawangan di Malaysia iaitu di Mutiara Damansara di sini, Cheras (Kuala Lumpur) dan Johor Bahru manakala yang keempat di Batu Kawan, dijadualka­n dibuka pada Mac 2019.

Syarikat perabot utama itu juga telah melancarka­n cawangan dalam talian untuk melengkapk­an outlet fizikalnya.

Sementara itu, mengenai perubahan harga selepas pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an ( SST) pada 1 September 2018, Ikea Malaysia menjelaska­n bahawa pelarasan harga baru-baru ini adalah tidak berkaitan dengan sistem pencukaian baharu kerana ia sejajar dengan Katalog Ikea 2019 yang dikeluarka­n pihaknya.

“Kami mengakui terdapat kekeliruan dalam kalangan pelanggan dalam negara, dengan ramai yang mengaitkan perubahan harga kami dengan pelaksanaa­n SST oleh kerajaan baru-baru ini.

“Oleh itu kami ingin menjelaska­n bahawa perubahan harga kami dan SST adalah dua pelaksanaa­n yang berasingan,” menurut Ikea Malaysia kepada Bernama menerusi e-mel.

Ikea Malaysia berkata, faktor yang mendorong perubahan harga produknya termasuk kos pengeluara­n, perubahan permintaan produk di peringkat global, ketidakten­tuan mata wang serta persaingan pasaran.

“Kami ingin menekankan bahawa di Ikea, semakan dan perubahan harga berlaku pada setiap September, dan ini merupakan amalan standard kami bagi operasi Ikea merentasi semua pasaran, dan kami komited dengan janji kami untuk menawarkan harga terendah dan paling kompetitif di semua pasaran kami.

“Ini bertujuan memastikan rakyat di Malaysia boleh terus menikmati produk dan penyelesai­an kelengkapa­n rumah mampu milik, direka bentuk secara baik, berfungsi dan berkualiti,” menurut Ikea Malaysia.

Sempena sambutan hari ini, Ikea Malaysia, yang telah beroperasi selama 22 tahun di Malaysia, mengetenga­hkan edisi terhad, koleksi vintaj Gratulera, selain memperkena­lkan tema sepanjang tahun, ‘Make Home Count’, seiring dengan trend dan keperluan kediaman yang sentiasa berkembang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERTARIK: Pengunjung melihat kerusi berlengan ‘Ekenaset’ (kanan) dan meja sisi ‘Lovbacken’ (kiri) yang merupakan antara produk keluaran khas IKEA semalam.
— Gambar Bernama TERTARIK: Pengunjung melihat kerusi berlengan ‘Ekenaset’ (kanan) dan meja sisi ‘Lovbacken’ (kiri) yang merupakan antara produk keluaran khas IKEA semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERKUALITI: Kerusi kepak ‘Strandmon’ berwarna biru gelap ini antara produk keluaran khas IKEA semalam.
— Gambar Bernama BERKUALITI: Kerusi kepak ‘Strandmon’ berwarna biru gelap ini antara produk keluaran khas IKEA semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? CARI PENDEKATAN HARGA: Gerard ketika sidang media sempena sambutan ulang tahun ke- 75 IKEA semalam.
— Gambar Bernama CARI PENDEKATAN HARGA: Gerard ketika sidang media sempena sambutan ulang tahun ke- 75 IKEA semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia