Utusan Borneo (Sarawak)

Richiamo Coffee sasar miliki 10 outlet tahun ini

-

PUNCAK ALAM: Richiamo Coffee Sdn Bhd merancang untuk membuka tiga lagi cawangan, menjadikan keseluruha­n 10 cawangan jenama itu di Malaysia menjelang hujung tahun ini.

Pengarah Urusannya Muhamad Zamry Abu Samah berkata syarikat kini sudah mempunyai tujuh cawangan di Institut Pengajian Tinggi ( IPT) di sekitar Lembah Klang dan utara Semenanjun­g Malaysia.

“Richiamo menawarkan konsep ‘Lifestyle Premium Coffee Shop’ kepada seluruh pelajar IPT untuk memenuhi cita rasa kopi premium di samping menjadikan Richiamo sebagai tempat pertemuan untuk sebarang perbincang­an dalam kalangan pelajar di samping menikmati kopi premium kami,” katanya pada pelancaran One Stop Centre, Anjung Dahlia Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Alam di sini, kelmarin.

One Stop Centre, Anjung Dahlia merupakan hasil kerjasama strategik yang dijalin antara Koperasi Siswa UiTM Selangor Berhad (KOSISWA) bersama penggiat industri dalam usaha memperkasa­kan agenda keusahawan­an mahasiswa.

Pusat tersebut menggabung­kan tiga penggiat industri utama iaitu Richiamo Coffee, Laundrax dan Locus Digital Print di bawah satu bumbung yang akan melibatkan mahasiswa dalam operasi perniagaan.

Pengarah Pemasaran Richiamo, Adam Kasim berkata syarikat milik Bumiputera sepenuhnya itu memulakan perniagaan pada 1 Sept 2016 di Universiti Utara Malaysia in Sintok, Kedah.

“Bermula dari situ, Richiamo telah berjaya meneroka pasaran tempatan dengan membuka sebanyak enam lagi di Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia ( UIAM), Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL), Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARUC), De Centrum Mall, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Alam,” katanya.

Richiamo Coffee menawarkan lebih 30 resepi kopi premium di samping hidangan pastri pada harga yang sangat berpatutan.

Maklumat lanjut Richiamo Coffee boleh didapati di laman web http://www.richiamo. coffee/ — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK KENANGAN: (Dari kiri) Zamry, Pengarah Eksekutif Richiamo Sdn Bhd Zulkifli Yusof, Pengurus Pemasaran Foto Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Mohd Farhan Mustafa Kamal dan Pengarah Pemasaran Richiamo Sdn Bhd Adam Kasim pada Majlis Perasmian One Stop Centre Anjung Dahlia Universiti Teknologi MARA di Kampus Puncak Alam kelmarin.
— Gambar Bernama UNTUK KENANGAN: (Dari kiri) Zamry, Pengarah Eksekutif Richiamo Sdn Bhd Zulkifli Yusof, Pengurus Pemasaran Foto Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Mohd Farhan Mustafa Kamal dan Pengarah Pemasaran Richiamo Sdn Bhd Adam Kasim pada Majlis Perasmian One Stop Centre Anjung Dahlia Universiti Teknologi MARA di Kampus Puncak Alam kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? MESTI CUBA: Rektor UiTM Cawangan Selangor Prof Datuk Dr Abu Bakar Abdul Majeed (kanan) bersama Pengerusi Koperasi Siswa UiTM Selangor Berhad (KOSISWA) Ahmad Naqiuddin Mohamad (kiri) menunjukka­n kopi premium Richiamo ketika Majlis Perasmian One Stop Centre Anjung Dahlia Universiti Teknologi MARA di Kampus Puncak Alam kelmarin. Turut kelihatan ialah Zamry (tengah).
— Gambar Bernama MESTI CUBA: Rektor UiTM Cawangan Selangor Prof Datuk Dr Abu Bakar Abdul Majeed (kanan) bersama Pengerusi Koperasi Siswa UiTM Selangor Berhad (KOSISWA) Ahmad Naqiuddin Mohamad (kiri) menunjukka­n kopi premium Richiamo ketika Majlis Perasmian One Stop Centre Anjung Dahlia Universiti Teknologi MARA di Kampus Puncak Alam kelmarin. Turut kelihatan ialah Zamry (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia