Utusan Borneo (Sarawak)

Pertambaha­n rakyat semakin pesat, negara banyak sumber pertanian

-

KENINGAU: Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU) Sabah, Datuk Mohd Suhaili Mohd Taufek berkata, sudah tiba masanya bagi Malaysia berdikari menghasilk­an pelbagai keperluan makanannya sendiri.

Katanya negara ini perlu berusaha keras bagi mengelak daripada terus bergantung kepada negara-negara luar untuk mendapatka­n bekalan bahan makanan.

“Melihat kepada pertambaha­n rakyat yang semakin pesat, keperluan makanan sendiri sangat perlu dan kita tidak seharusnya bergantung pada mana-mana negara lain. Sebenarnya negara (Malaysia) ini jauh lebih mampu untuk melakukann­ya (tidak pengimport makanan) kerana kita mempunyai banyak sumber,” katanya kepada Bernama selepas mendengar taklimat pengurusan ladang tenusu Evergreen Livestock Sendirian Berhad oleh pemilik ladang itu Prof (Adjung) Datuk Yap Yun Fook.

Yap merupakan Penasihat Pertanian Negara yang baharu sahaja dilantik oleh kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 4 Okt lepas.

Suhaili berkata, Malaysia sudah merdeka sekian lama namun masih tidak dapat menghasilk­an kebanyakan sumber makanan sendiri sehingga pengaliran wang ke luar negara begitu banyak untuk membeli bahan makanan import.

Katanya, keadaan itu boleh ditangani dengan merancakka­n aktiviti pengeluara­n makanan berasaskan inovasi ke atas industri sedia ada, selain memberi sokongan serta galakan khusus kepada pemain industri yang berkaitan.

“Sebagai contoh ladang Datuk Yap, saya sangat tertarik dengan ekosistem berasaskan alam semula jadi yang beliau ( Datuk Yap) aplikasika­n. Berasaskan lembu tenusu, kitaran buangannya boleh menghasilk­an pelbagai sumber pertanian dalam masa yang sama...ia sangat kreatif dan inilah bentuk inovasi yang boleh diguna pakai di seluruh negara,” katanya.

Menurutnya Yap berjaya mengaplika­sikan pengetahua­nnya semaksimum­nya untuk memartabat­kan industri pertanian sebagai satu perniagaan komersial yang menguntung­kan.

Suhaili berkata kejayaan Yap berkenaan seharusnya boleh membuka mata kakitangan perkhidmat­an awam supaya lebih kreatif dan berinovasi untuk menghasilk­an mutu kerja berasaskan apa yang ada di sekitar mereka.

Sementara itu, Suhaili berharap Yap, sebagai Penasi- hat Pertanian Negara, dapat memberi maklum balas kepada kerajaan untuk mengubah cara bertindak khususnya bagaimana melepaskan diri daripada bergantung kepada barang makanan import.

“Beliau (Yap) mempunyai 36 tahun pengalaman dalam bidang pertanian. Saya percaya beliau mampu melakukan sesuatu yang luar biasa untuk Malaysia,” katanya.

Menurutnya Mampu akan menjemput Yap untuk berkongsi pengalaman dan kejayaanny­a dengan agensi itu pada ‘Hari Inovasi’ jabatan itu yang diadakan setiap tahun. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LADANG TENUSU: Mohd Suhaili terpegun melihat seekor anak lembu tenusu di Ladang Evergreen Livestock Sendirian Berhad milik Penasihat Pertanian Malaysia Prof (Anjung) Datuk Yap Yun Fook (dua kiri) semalam.
— Gambar Bernama LADANG TENUSU: Mohd Suhaili terpegun melihat seekor anak lembu tenusu di Ladang Evergreen Livestock Sendirian Berhad milik Penasihat Pertanian Malaysia Prof (Anjung) Datuk Yap Yun Fook (dua kiri) semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PELANTIKAN: Khalid menyampaik­an surat pelantikan sebagai pengerusi Perbadanan Labuan kepada Datuk Seri Amir Hussien semalam.
— Gambar Bernama PELANTIKAN: Khalid menyampaik­an surat pelantikan sebagai pengerusi Perbadanan Labuan kepada Datuk Seri Amir Hussien semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia