Utusan Borneo (Sarawak)

Terdesak mencuri, lelaki dipenjara 12 bulan

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang mengatakan terdesak dengan kos sara hidup, dikenakan penjara 12 bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhka­n hukuman itu terhadap Haffizan Hanafiah, 28, selepas mengaku salah mencuri dua botol syampu dan sebotol pencuci semua bernilai RM51.05.

Kesalahan dilakukan pada 12 Ogos jam 4.30 petang, di kedai CKS Grocer, Warisan Square, di sini.

Haffizan yang tidak diwakili peguam disabitkan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh 10 tahun atau denda, atau keduaduany­a.

Semasa rayuan, tertuduh memohon hukumannya diringanka­n kerana perlu menanggung keluargany­a.

Selain itu, tertuduh memberitah­u mahkamah, melakukan kesalahan itu kerana faktor sara hidup yang semakin meningkat pada masa kini.

Dalam kes berasingan, dua lelaki masing-masing berusia 38 tahun dikenakan maksimum penjara tiga bulan dan denda RM100, kerana mencuri satu kilogram gula-gula.

Raimin Lahiludin dan Moh Fitri Abdul dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku salah mengikut Seksyen 22 (1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil (Bab 80) Negeri Sabah.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda maksimum RM100 dan boleh dikenakan penjara selama tiga bulan atau kedua-duanya.

Mereka melakukan kesalahan itu di sebuah kedai serbaneka 24 jam, Segama, di sini.

Jika gagal membayar denda berkenaan, mahkamah mengarahka­n kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara selama sebulan lagi.

Moh Fitri yang tidak memiliki dokumen diri juga diperintah­kan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia