Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ditembak di kaki selepas cuba menyerang anggota polis dengan parang

-

LAHAD DATU: Seorang lelaki berusia 31 tahun mengalami cedera di kaki kiri setelah ditembak polis kerana cubaan menyerang anggota dalam kejadian di Kampung Betik, di sini pada Isnin.

Suspek warga asing itu ditembak setelah cuba menyerang anggota polis dengan parang berukuran 28 inci di kawasan kebun sawit Kampung Betik, kira-kira jam 7.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggotanya telah diarahkan bergegas ke kawasan perumahan Taman Perdana kerana bimbang kehadiran suspek yang membawa parang di sekitar taman.

Menurutnya, ketika menghampir­i pondok di atas bukit kawasan kebun sawit untuk membuat pemeriksaa­n, anggotanya melihat suspek sedang duduk sambil memegang parang.

Katanya, polis telah menjerit memperkena­lkan diri sebagai polis dan mengarahka­n suspek untuk membuang parang dan menyerah diri.

“Suspek yang melihat kehadiran polis terus berdiri sambil memegang parang lalu melibas-libaskanny­a di hadapan pintu utama ke arah pasukan polis yang jaraknya lebih kurang dua meter.

“Selepas memberi amaran kedua, suspek bertindak menyerang dengan parang dengan melibaskan­nya dan bagi mempertaha­nkan diri daripada bahaya nyawa dan kecederaan, anggota polis melepaskan satu das tembakan ke arah kaki suspek,” katanya.

Nasri berkata, selepas ditembak suspek bertindak agresif dengan merempuh pasukan polis kemudian melarikan diri ke arah kawasan kebun lebih kurang 800 meter sebelum berjaya ditangkap selepas berlaku pergelutan.

Hasil siasatan, suspek pernah terlibat dengan lima kes khianat pecah cermin rumah dan kereta di Taman Sri Perdana.

Suspek kini dalam rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

 ??  ?? KOMITED: Doktor menjalanka­n rawatan di dalam bilik operasi.
KOMITED: Doktor menjalanka­n rawatan di dalam bilik operasi.
 ??  ?? DITEMBAK: Suspek dilihat membawa parang di sekitar kawasan perumahan Taman Perdana.
DITEMBAK: Suspek dilihat membawa parang di sekitar kawasan perumahan Taman Perdana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia