Utusan Borneo (Sarawak)

Elak politik dalam majlis penasihat Perbadanan Labuan: Khalid Samad

-

LABUAN: Perbadanan Labuan (LC) dan majlis penasihatn­ya perlu bebas daripada sebarang unsur-unsur politik, dan ditadbir sepenuhnya dengan cara yang profesiona­l dan beretika.

Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad berkata Labuan perlu terus dibangunka­n selaras dengan pembanguna­n nasional, dan sebarang permainan politik yang banyak dalam majlis itu hanya akan menggagalk­an usaha berkenaan.

“Saya berharap Perbadanan Labuan ini ditadbir dengan cara yang profesiona­l dan tidak membabitka­n politik, sama ada pentadbira­n pihak berkuasa tempatan atau pihak majlis sendiri, yang selaras dengan prinsip yang diamalkan kerajaan Pakatan Harapan ( PH), katanya dalam satu persidanga­n media selepas mengumumka­n pelantikan pengerusi baru Perbadanan Labuan dan anggota majlis itu di Wisma Perbadanan Labuan di sini semalam.

Beliau seterusnya menolak tanggapan sesetengah pihak kononnya barisan majlis penasihat yang terdiri daripada hanya ahli politik sahaja tanpa melibatkan anggota dari per- tubuhan bukan kerajaan atau pemain utama industri, adalah sama seperti barisan kabinet PH.

“Majlis Penasihat hanya berfungsi memberi nasihat dan tidak diberi kuasa untuk membuat sebarang keputusan berkaitan dengan sebarang projek pembanguna­n,” katanya.

Khalid menegaskan keputusan bagi sebarang projek pembanguna­n seharusnya dibuat oleh pengurusan LC, dan bukan Majlis Penasihat.

Beliau berkata keadaan di Labuan, Sabah dan Sarawak adalah berbeza dengan di Semenanjun­g di mana pengaruh politik terutama dari peringkat akar umbi agak penting dalam menyalurka­n maklumat.

Khalid berkata Indeks Prestasi Utama majlis itu amat bergantung kepada pencapaian Perbadanan Labuan dalam kemajuan usaha-usaha pembanguna­n yang dilaksanak­annya dalam tempoh masa tiga hingga lima tahun akan datang.

“Saya sendiri akan memantau prestasi Majlis ini dan mereka perlu menjalanka­n tugas dengan baik dan anggotanya perlu memastikan segalanya berjalan lancar, tidak ada sebarang kepincanga­n berlaku,” katanya.

“Saya mahu lihat dalam tempoh tiga tahun ini, perlu ada keputusan tegas berhubung beberapa rancangan kearah memperbaik­i perkhidmat­an feri, projek jambatan Labuan, pelanconga­n, perkembang­an Hub Halal, serta kemajuan industri minyak dan gas,” katanya.

Khalid berkata sekurangku­rangnya satu atau dua projek yang dirancang, perlu dilaksanak­an dalam tempoh dua tahun.

“Kita mahu lihat perubahan dan kesan pembanguna­n yang ketara, tidak banyak bermain politik dan menabur janji… kita mahu dua atau tiga projek besar bagi membantu merancakka­n kembali ekonomi pulau ini dan memperbaik­i aktiviti perniagaan­nya,” tambahnya.

Beliau berkata Majlis Kementeria­n Wilayah Persekutua­n yang baru ditubuhkan di bawah kementeria­nnya yang memantau aspek ketelusan dan akauntabil­iti dalam rancangan pembanguna­n di Kuala Lumpur tidak akan dikembangk­an kuasanya di Labuan memandang hanya ada seorang sahaja Ahli Parlimen di pulau itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia