Utusan Borneo (Sarawak)

DUA BERADIK TERPERANGK­AP DALAM HUTAN

-

BINTULU: Hasrat dua beradik untuk keluar dari hutan menemui jalan buntu apabila kedua-duanya tersesat dan sukar menemui jalan keluar selepas kedua-duanya memeriksa jerat yang dipasang dalam hutan Jalan Kemena berdekatan Institut Memandu Budiman petang kelmarin.

Selama lima setengah jam tersesat dalam hutan itu, mangsa akhirnya menemui jalan keluar sendiri setelah dibantu pihak bomba yang turut memasuki hutan berkenaan untuk membantu mencari mangsa pada sebelah malamnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu merangkap komander operasi Mohamad Meramit berkata, pihaknya yang menerima laporan kejadian pada jam 6.41 petang menggerakk­an operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dengan memasuki hutan mengikut petunjuk yang dimaklumka­n mangsa.

Katanya, mangsa Albert Ngo, 22, dan Govinda Ngo, 27, tidak menemui jalan keluar dalam hutan tersebut selepas memeriksa jerat pada jam 3.30 petang, seterusnya sempat menghubung­i abang sulung mereka sebelum meminta bantuan pasukan SAR ke lokasi.

“Kedua-dua mangsa akhirnya berjaya menemui sendiri jalan keluar pada jam 7 malam manakala pihak bomba turut memasuki hutan berkenaan untuk mencari mangsa,” ujarnya di sini semalam.

Setelah mangsa berjaya keluar dari hutan itu katanya, operasi SAR ditamatkan sekitar jam 9.15 malam.

Operasi itu menggerakk­an sebuah jentera FRT dengan kekuatan enam anggota diketuai PBK II Pero Guyuh, sebuah pacuan empat roda dengan kekuatan tiga anggota serta dibantu tiga anggota polis.

 ?? — Gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu ?? SELAMAT: Mangsa berjaya keluar sendiri dari hutan setelah dibantu pasukan SAR bomba.
— Gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu SELAMAT: Mangsa berjaya keluar sendiri dari hutan setelah dibantu pasukan SAR bomba.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia