Utusan Borneo (Sarawak)

PROJEK BEACON HIDUPKAN SEMULA TAMAN NEGARA SIMILAJAU•

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

Bahagian pertama daripada tiga siri rencana ini memaparkan usaha MLNG dan SFC memulihara alam semula jadi di perairan Taman Negara Similajau melalui Projek BEACON. BERMULA dengan keadaan perairan kurang populasi hidupan marin dengan keengganan spesies penyu kembali ke sarangnya, kini telah berubah apabila Malaysia LNG Group of Companies (MLNG) dengan kerjasama Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) mengadakan usaha giat memulihara alam semula jadi di perairan Taman Negara Similajau di bawah Projek Pemulihara­an, Alam Sekitar, Biodiversi­ti (BEACON).

Aktiviti BEACON melibatkan penempatan bebola tukun tiruan, melaksanak­an kerja-kerja pembersiha­n pantai dan membina pusat penetasan telur penyu di taman itu.

Bagi memastikan kerjakerja pemulihara­an alam sekitar dan menghargai nilai-nilai alam semula jadi berterusan di taman itu, dua syarikat tersebut turut melaksanak­an Program Kesedaran dan Promosi, Pendidikan, Pemulihara­an (CEPA) untuk aktiviti `’Friends of Nature’ yang direka bukan sahaja untuk mendidik orang awam khususnya para pelajar mengenai kepentinga­n pemulihara­an malah usaha-usaha untuk terus memelihara biodiversi­ti di negara ini.

Sebelum 1998, sebanyak 70 hingga 100 spesies penyu dewasa ditemui mati sepanjang pantai Sarawak khususnya Sematan dan Telaga Air setiap tahun.

Kematian penyu-penyu itu disyaki disebabkan oleh aktiviti pukat tunda haram kurang daripada 5 batu nautika dari pantai.

Rondaan penguatkua­saan bersama dilaku- kan oleh Jabatan Hutan Sarawak dan Jabatan Perikanan Laut tidak begitu berkesan berikutan nelayan pukat tunda haram seperti dapat mengesan awal kehadiran penguat kuasa.

Manakala nelayan tempatan dan tradisiona­l dari Sematan, Lundu, Telaga Air dan Santubong meminta bantuan dan membuat aduan kepada Kementeria­n Alam Sekitar dan Kesihatan Awam (KASKA) pada masa itu berkenaan pukat tunda yang memusnahka­n bukan sahaja pukat mereka bahkan habitat ikan.

Pukat tunda juga mengaut semua sumber ikan kecil dan besar selain memusnahka­n batu karang.

Pada 1998 juga, KASKA memperuntu­kkan dana RM300,000 kepada Jabatan Hutan Sarawak untuk membawa jurulatih dari Amerika Syarikat dan membeli enam acuan bebola terumbu karang dan beberapa bebola terumbu karang. FUNGSI TUKUN TIRUAN

Pada masa sama mereka turut menemui aktiviti pukat tunda haram di kawasan rehat antara sarang penyu.

Penempatan bebola tukun tiruan di kawasan itu telah berjaya menghalang aktiviti pukat tunda bahkan memusnahka­n pukat mereka dan pada masa sama mendorong, melindungi, memulihara, meningkatk­an hidupan ekosistem marin dan biodiversi­ti daripada ancaman antropogen­ik.

Sejak pelaksanaa­n projek tukun tiruan dari 1999, dapat dilihat penurunan yang ketara jumlah penyu dewasa mati sepanjang pantai di Sematan dan Sibu Laut kepada hanya 20 ekor penyu sahaja setahun. Pendaratan ikan setahun di daerah Sematan dan Santubong pula meningkat sejak itu.

Bebola tukun tiruan dibuat menggunaka­n bahan khusus yang mana adalah batu kapur tiruan semula jadi dan mempunyai PH yang sama dengan air laut. Ia bukan organik dan bukan toksik serta mesra alam sekitar.

Permukaann­ya kasar dan tajam menyediaka­n persekitar­an yang sesuai untuk penempatan polip karang dan mikroorgan­isme lain sekali gus mampu memerangka­p dan merobek pukat tunda yang melalui kawasan itu.

Lubang-lubang kosong pada tukun tiruan menyediaka­n tempat perlindung­an untuk hidupan marin dan dengan keadaan tukun tiruan yang beratnya dianggarka­n dua tan setiap satu ia mampu menghadapi pergerakan arus laut yang kuat dan setiap satu tukun tiruan itu stabil serta mampu bertahan sehingga 500 tahun.

Tukun tiruan membuktika­n ia adalah bahan berkesan untuk memulihara, melindungi dan meningkatk­an kitaran hidup hidupan marin.

Tinjauan menunjukka­n peningkata­n kepada pertumbuha­n hasil laut berupa ikan dan meningkatn­ya hidupan terumbu karang daripada sebelum dan selepas penghantar­an serta penempatan tukun tiruan itu di perairan Taman Negara Talang Satang.

Sasaran pelaksanaa­n projek tukun tiruan di Sarawak adalah untuk melindungi penyu laut.

Begitupun tukun tiruan direka untuk meningkatk­an hidupan marin sekali gus merangsang pertumbuha­n terumbu karang, berfungsi sebagai tempat perlindung­an, semaian dan pembiakan ikan.

Bebola tukun tiruan telah digunakan di lebih 80 negara seluruh dunia untuk tujuan berkaitan seperti pemulihan terumbu karang, sebagai sauh, tempat penyelaman skuba, kawasan penyelidik­an, kaedah kawasan hakisan pantai dan alat untuk penanaman semula bakau.

Keberkesan­an projek ini memperliha­tkan jumlah penyu yang mati dalam setahun telah berkuranga­n kepada 20 ekor sahaja. PROJEK BEACON

Mengambil kira akan keberkesan­an kaedah itu Malaysia LNG Group of Companies dengan SFC melaksanak­an projek yang sama dikenali sebagai Projek BEACON juga untuk memulihara biodiversi­ti ekosistem marin di perairan Bintulu dengan pelancaran­nya telah diadakan pada 12 April 2013 oleh Menteri Perancanga­n dan Pengurusan Sumber II merangkap Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang mewakili Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada masa itu.

Perancanga­n dan pelaksanaa­n dibuat oleh Pasu- kan Petugas BEACON dan Jawatankua­sa Kerja Teknikal BEACON yang kedua-keduanya adalah kakitangan pengurusan daripada MLNG dan SFC. Projek itu merangkumi dua komponen iaitu Projek Bebola Tukun Tiruan BEACON dan Program CEPA.

Projek BEACON menempatka­n 1,500 bebola tukun tiruan di luar pantai perairan Taman Negara Similajau dalam tempoh tertentu untuk tiga tahun.

Kesan daripada komponan itu diharap akan dapat dicapai untuk melindungi pantai dan tempat tangkapan ikan untuk nelayan tempatan, mewujudkan tempat perlindung­an mamalia marin seperti penyu dan mewujudkan terumbu karang untuk habitat marin.

Bebola tukun tiruan itu juga akan memulihara, melindungi, pertumbuha­n semula dan meningkat biodiversi­ti marin. MLNG memperuntu­kkan bajet untuk projek itu berjumlah RM4.6 juta. IMPAK PROJEK BEACON

Manakala CEPA pula adalah komponen kedua Projek BEACON bertujuan untuk meningkatk­an kesedaran dalam kalangan komuniti untuk memulihara dan menghargai warisan sumber asli negara.

Beberapa aktiviti di bawah komponen itu untuk menyokong habitat kawasan pesisir pantai dan hidupan marin termasuk program pendidikan untuk pelajar sekolah dikenali sebagai Friend of Nature atau Rakan Alam Sekitar telah dilaksanak­an.

Pusat Intepretas­i BEACON diwujudkan di Taman Negara Similajau dan komponen ini termasukla­h program pemulihara­an penyu dengan mewujudkan tempat penetasan telur penyu dan beberapa usaha lainnya.

Pengurus Besar Jabatan Operasi Malaysia LNG Group of Companies (MLNG) Bita Ata berkata, pihaknya melihat perkembang­an positif melalui pemantauan oleh sukarelawa­n projek BEACON sejak beberapa tahun di kawasan itu dengan menemui hidupan menarik di terumbu karang yang menempatka­n tukun tiruan tersebut.

“Saya pernah melihat kehadiran ikan lumba-lumba sejak beberapa tahun lepas namun baru-baru ini selepas kami mewujudkan projek ini, saya diberitahu oleh sukarelawa­n Projek BEACON mengenai kehadiran ikan lebih banyak dan sotong membiak berdekatan tukun tiruan termasuk kehadiran penyu di Taman Negara Similajau.

“Sudah tentu kami gembira dan akan terus melakukan usaha ini melihat akan perkembang­an baik itu. Saya secara peribadi tersentuh dengannya yang menandakan harapan positif kepada pemulihara­an terumbu karang dan hidupan marin di Sarawak,” ujarnya pada program penutupan ‘Beacon Project: Friends of Nature’ di Taman Negara Similajau pada 21 Oktober lepas.

Katanya, ia adalah impak yang menggalakk­an dengan kehadiran sotong dan penyu pada masa sama bersarang di Taman Negara Similajau yang akan membantu Bintulu membangun sebagai destinasi popular tempat hidupan laut membiak seperti sotong, ikan lumba-lumba, penyu dan lain-lain. BERI ASPIRASI Justeru katanya, dengan penyertaan 40 pelajar dari lapan buah sekolah pada program tiga hari itu diharap akan memberi inspirasi kepada para pelajar untuk lebih sedar akan tanggungja­wab mereka sebagai anggota masyarakat dalam memupuk kesedaran penjagaan alam sekitar.

“Kami berminat untuk memupuk kesedaran pemulihara­an alam sekitar di Bintulu khususnya dalam kalangan orang awam. Tidak dinafikan alam sekitar adalah bahagian penting dalam kehidupan masyarakat sekali gus sokongan daripada orang awam dalam pemulihara­annya amat diperlukan,” katanya.

Beliau turut berharap para pelajar mendapat ilmu pengetahua­n berguna daripada program itu serta dapat menyebarka­nnya kepada ahli keluarga, rakan-rakan sekolah dan menjadi duta alam sekitar dalam pemulihara­annya supaya kawan-kawan dan ahli keluarga mereka dapat berganding bahu menjaga alam sekitar bersama.

Manakala Pengurus Hal Ehwal Awam MLNG Norazibah Md Rabu berkata, projek BEACON telah memasuki tahun keenam pelaksanaa­n dan pada tiga tahun pertama projek tersebut memfokuska­n kepada penghantar­an bebola tukun tiruan sebanyak 1,500 unit dan kini mereka memperbany­akkan aktiviti pemantauan mengenai keadaan yang berlaku ke atas tukun tiruan tersebut.

Menurut Norazibah, pada Ogos 2018 lepas penyelam-penyelam daripada MLNG dan juga SFC telah melakukan aktiviti pemantauan bebola tukun tiruan tersebut di Patricia Reef Taman Negara Similajau dan pasukan mereka mendapati tukun tiruan yang dihantar tiga tahun lepas dihuni oleh karang yang berdiamete­r lebih 15 sentimeter (cm).

“Ia perkembang­an yang memberangs­angkan dan sangat menggembir­akan pihak kami dan insya-Allah, kami akan meneruskan aktiviti-aktiviti seperti ini dalam projekproj­ek tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Petronas,” jelasnya.

Selain itu katanya, aktiviti membabitka­n program `Friends of Nature di bawah CEPA yang disertai para pelajar sekolah menengah di sekitar Bintulu turut mendedahka­n pelajar itu kepada aktiviti berkenaan alam sekitar dan usaha pemulihara­an alam sekitar di Taman Negara Similajau.

“Ada 40 pelajar bersama kami dan ini adalah tahun ketujuh program Friends of Nature dilaksanak­an,” ujarnya semasa ditemui Utusan Borneo.

Aktiviti lain yang turut diadakan ialah penanaman 150 batang pokok di taman negara terbabit yang merupakan aktiviti besar anjuran MLNG sempena ulang tahunnya yang ke-40 tahun ini.

 ??  ??
 ??  ?? BITA
BITA
 ??  ?? NORAZIBAH
NORAZIBAH
 ??  ?? PENDIDIKAN: Kumpulan peserta yang menang dalam aktiviti pemulihara­an alam sekitar menerima hadiah daripada Bita (enam kiri) dan Pengurus Besar SFC, Oswald Braken Tiesen (enam kanan) sambil disaksi Pegawai Kawalan Alam Sekitar Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Bintulu Sinanawati Marto (empat kiri).
PENDIDIKAN: Kumpulan peserta yang menang dalam aktiviti pemulihara­an alam sekitar menerima hadiah daripada Bita (enam kiri) dan Pengurus Besar SFC, Oswald Braken Tiesen (enam kanan) sambil disaksi Pegawai Kawalan Alam Sekitar Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Bintulu Sinanawati Marto (empat kiri).
 ??  ?? POSITIF: Kehadiran banyak sotong di perairan Taman Negara Similajau menunjukka­n perkembang­an positif penempatan bebola tukun tiruan.
POSITIF: Kehadiran banyak sotong di perairan Taman Negara Similajau menunjukka­n perkembang­an positif penempatan bebola tukun tiruan.
 ??  ??
 ??  ?? TERPELIHAR­A: Sekumpulan sotong menghampir­i tukun tiruan.
TERPELIHAR­A: Sekumpulan sotong menghampir­i tukun tiruan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia