Utusan Borneo (Sarawak)

F1: BERDEPAN PERLUMBAAN MENDEBARKA­N

Hamilton hanya memerlukan lima mata untuk mengesahka­n kejuaraan dunia buat kali kelima dalam kariernya

-

KOTA MEXICO: Lewis Hamilton berdepan perlumbaan mendebarka­n hujung minggu ini untuk impian mengesahka­n kejuaraan dunia Formula Satu ( F1) buat kali kelima dalam kariernya.

Minggu lepas, selepas tewas perlumbaan di Texas apabila pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen muncul pemenang perlumbaan Grand Prix Amerika Syarikat, Hamilton dan pasukannya, Mercedes, kembali bersemanga­t untuk saingan perlumbaan di Mexico Ahad ini.

“Kami mempunyai saingan yang kuat ketika ini,” akui pengurus Mercedes, Toto Wolff. “Tetapi ia memberikan kami satu peluang untuk belajar dan kembali lebih kuat.”

Ia adalah pandangan yang dikongsi oleh Hamilton dan seluruh pasukan Mercedes ketika mereka cuba pulih dari kehilangan prestasi untuk mempertaha­nkan kejuaraan dunia bagi kategori pemandu dan pasukan.

“Kami akan terus berusaha untuk memenangi kedua- dua kejuaraan ( pemandu dan pengeluar),” kata Wolff. “Grand Prix Amerika mengesahka­n apa yang kami katakan sebelum perlumbaan – saingan kejuaraan dunia masih jauh dari berakhir.”

Dengan Hamilton menang enam dari lapan perlumbaan terakhir dan memiliki kelebihan 70 mata berbanding pencabar terdekat, Sebastian Vettel dari Ferrari dan berbaki tiga perlumbaan sahaja lagi, keputusan akhir mungkin sudah diketahui.

Mercedes mendahului Ferrari dengan 66 mata dalam kategori pengeluar.

Di atas kertas, Hamilton hanya memerlukan lima mata untuk mengesahka­n kejuaraan dunia dan meletakkan namanya sebaris dengan bintang legenda Juan Manuel Fangio sebagai juara dunia lima kali, kurang dua di belakang pemegang rekod terbanyak, Michael Schumacher.

Bagi Mercedes, untuk mengesahka­n kejuaraan dunia kategori pengeluar untuk tahun kelima berturut- turut, mereka harus mengatasi Ferrari dengan 20 mata – satu tugas sukar yang dijangka semakin sukar dengan kepantasan kereta pasukan Red Bull.

Max Verstappen menang di Litar Hermanos Rodriguez, yang berada di paras 7,200 kaki dari aras laut, yang boleh memberi kesan kepada prestasi aerodinami­k kereta dan enjin, pada tahun lepas.

Rakan sepasukan Verstappen, naik berang selepas gagal menamatkan perlumbaan sekali lagi dan pastinya lebih bersemanga­t untuk menamatkan karier di Red Bull dengan memberangs­angkan sebelum menyertai pasukan Renault pada tahun hadapan.

Semua ini mencadangk­an saingan sengit dengan Vettel, yang mempunyai kepantasan untuk menang minggu lepas tetapi tidak mempunyai pilihan selain bersikap agresif. Beliau hanya boleh menghidupk­an peluang tipis memenangi kejuaraan dunia dengan memenangi kesemua baki tiga perlumbaan dan mengharapk­an Hamilton gagal mengutip lima mata yang diperlukan, sesuatu yang sukar dibayangka­n berdasarka­n prestasi semasa.

Hamilton tahun, beliau boleh menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh dan masih mem e n a n g i k e j u a r - aan dunia walaupun jika Vettel muncul pemenang perlumbaan.

Ia berlaku pada tahun lepas a p a b i l a beliau m e - namatkan perl umbaan di tempat kesembilan dan d i p i n t a s Verstappen satu pusingan untuk mengesahka­n kejuaraan dunia yang keempat. — AFP

Kami mempunyai saingan yang kuat ini. ” ketika Toto Wolff Pengurus Mercedes

 ??  ??
 ??  ?? HAMILTON
HAMILTON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia