Utusan Borneo (Sarawak)

Mentor 7 kembali hangatkan penonton di TV3, Ahad ini

-

PROGRAM realiti nyanyian TV3, Mentor kini kembali untuk musim ketujuh! Mentor 7 memperkena­lkan barisan tenaga pembimbing baharu yang luar biasa, hebat dan versatil iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Aizat Amdan, Hafiz Suip dan Siti Nordiana.

Para mentor ini akan memastikan protégé di bawah sayap mereka bersedia menjelang konsert mingguan.

Mula bersiaran pada Ahad ini, 28 Oktober 2018 selama dua jam bermula 9.00 malam sehingga 11.00 malam, Mentor 7 pastinya menggegark­an industri hiburan tanah air dengan aura yang dibawa oleh pendatangp­endatang baharu ini.

Ditambah pula dengan kebijaksan­aan mentor masing-masing dalam mengolah bakat-bakat yang dahagakan kemenangan mutlak.

12 bakal protege telah dipilih bagi menyertai Mentor 7 sepanjang sesi uji bakat yang berlangsun­g September lalu.

Sesi uji bakat yang diadakan secara berasingan selama empat minggu bermula di Sabah pada Ogos, diikuti Datuk Syafinaz pada 8-9 September, Aizat Amdan pada 15-16 September, manakala Hafiz Suip pada minggu seterusnya dan terakhir, Siti Nordiana.

Episod pertama Mentor 7 pada Ahad ini akan menyiarkan sedutan sepanjang tempoh uji bakat berlangsun­g. Suka dan duka peserta yang hadir seawal jam 9.00 pagi, kisah di sebalik tabir Mentor 7 dan reaksi para mentor dalam membuat pilihan.

Konsert mingguan Mentor 7 bermula pada episod kedua iaitu pada 4 November 2018 dan dihangatka­n dengan pemilihan protégé oleh mentor masing-masing.

Dua protégé akan dipilih oleh setiap mentor dalam konsert minggu pertama (episod ke-2) dan konsert minggu kedua (episod ke- 3) sejurus menyingkir­kan seorang peserta yang gagal mendapat tempat bersama mentor masing- masing menjadikan jumlah protégé yang bertanding ke peringkat seterusnya seramai lapan orang.

Mentor 7 akan diterajui oleh dua nama hebat dalam bidang pengacaraa­n, Nana Mahazan dan Shuk Sahar diiringi Sarancak di belakang tabir. Ketiga-tiga susuk berkaliber ini akan memastikan perjalanan konsert saban minggu lancar dan menghiburk­an.

Tidak lengkap program realiti nyanyian tanpa kehadiran juri. Tiada yang lebih layak untuk menghakimi persembaha­n para protégé selain Datuk Wah Idris, komposer tersohor Malaysia. Berkelulus­an Berkeley College of Music, Boston, Datuk Wah Idris berkesempa­tan meluangkan masa beliau setiap minggu untuk bersama para mentor dan protégé dalam perjalanan mereka mempelajar­i selok belok bidang nyanyian profession­al.

Selain Datuk Wah Idris, terdapat seorang lagi juri yang akan berganding bahu namun ianya masih rahsia.

Pemarkahan adalah berdasarka­n penjurian oleh juri tetap (50%), undian atas talian di laman web www.xtra.com. my (30%) dan juri awam (20%).

Mula bersiaran musim pertama pada 2005, kini Mentor terus berdiri teguh dalam melahirkan bintang - bintang seperti Aiman Hakim, Hael Husaini, Anas Ridzuan, Shila Zikir, Sandra Dianne, Fiq Halim, Salma dan Black.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysi­a.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? #TeamHafiz
#TeamHafiz
 ??  ?? #TeamAizat
#TeamAizat
 ??  ?? #TeamNana
#TeamNana
 ??  ?? #TeamSyafin­az
#TeamSyafin­az

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia