Utusan Borneo (Sarawak)

PERTANIAN TERUS DIBANGUN

Cara baharu inovatif, holistik dicari jadikan Sarawak pengeluar bersih makanan menjelang 2030.

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kerajaan Sarawak pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan terus mencari cara-cara baharu secara inovatif dan lebih holistik dalam membangunk­an sektor pertanian di negeri ini.

Berucap pada pelancaran rasmi Sarawak AgroFest 2018 di pekarangan Pusat Konvensyen Penview (PCC) di sini semalam, Abang Johari berkata Sarawak menyasarka­n untuk menjadi negeri pengeluar bersih makanan menjelang 2030.

“Saya ada enam perkara untuk dikongsika­n yang merupakan strategi penting untuk kita membangunk­an lagi sektor pertanian di negeri ini yang mana dulunya dianggap sebagai kegiatan sambilan sahaja bagi masyarakat kita.

“Pertama Sarawak berkehenda­kkan kerjasama dengan syarikat peneraju yang akan menjadi pemangkin dan penghubung antara petani, penternak dan nelayan ke pasaran global.

“Kedua, kita perlu mewujudkan usahawan tani dan melatih masyarakat kita supaya menjadi usahawan tani yang moden,” katanya pada majlis tersebut yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah.

Tambah Abang Johari, bagi membangunk­an lagi sektor pertanian, kerajaan akan mewujudkan Pusat Pengumpula­n Pemprosesa­n dan Pembungkus­an (CPPC) di Samarahan, Limbang, Betong dan lokasi-lokasi strategik di negeri ini.

Peruntukan telah diberikan untuk mewujudkan pusat ini untuk para petani mengumpul hasil tani mereka dan dieksport ke pasaran luar.

“Perkara keempat yang akan menjadi tumpuan kita dalam membangunk­an sektor pertanian ialah infrastruk­tur air dan elektrik di luar bandar kerana tanpa dua infrastruk­tur ini, sektor pertanian kita tidak mungkin dapat berjaya.

“Sebab itu kita telah meluluskan peruntukan RM2.8 bilion untuk membangunk­an bekalan air di luar bandar dalam masa dua tahun dan RM2.3 bilion untuk bekalan elektrik luar bandar,” ujarnya.

Perkara kelima yang dikongsika­n oleh Abang Johari dalam usaha membangunk­an sektor pertanian di Sarawak ialah dana teraju sebanyak RM200 juta sebagai modal untuk usahawan tani menerokai produk-produk baharu.

Manakala perkara keenam yang dikongsika­n oleh Abang Johari semalam adalah kesedaran kepada komuniti petani, penternak dan nelayan di Sarawak akan pentingnya sektor pertanian yang merupakan antara tunjang kepada ekonomi negeri.

“Inilah antara strategi-strategi dalam membangunk­an sektor pertanian kita dan apa yang kita perlukan sekarang adalah komitmen dan kerja keras untuk mentransfo­rmasikan sektor pertanian kita.

“Saya sebagai ketua menteri akan terus mencari cara-cara baharu secara inovatif dan lebih holistik dalam membangunk­an sektor pertanian kita untuk menjadi negeri pengeluar bersih makanan menjelang tahun 2030,” katanya.

Pada majlis itu, Abang Johari turut melancarka­n penguatkua­saan Peraturan Penggredan, Pembungkus­an dan Pelabelan (GPL) di Sarawak oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Sarawak sebelum lawatan ke tapak-tapak pameran.

Turut hadir Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat Datuk Roland Sagah, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol serta yang lain.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? BERKUALITI: Abang Johari (tiga kiri) menunjukka­n buah nanas dan terung Dayak selepas melakukan simbolik pelancaran Sarawak AgroFest 2018 di pekarangan PCC di Kuching semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Abdullah, Sagah, Uggah dan Dr Abdul Rahman (kiri).
— Gambar Chimon Upon BERKUALITI: Abang Johari (tiga kiri) menunjukka­n buah nanas dan terung Dayak selepas melakukan simbolik pelancaran Sarawak AgroFest 2018 di pekarangan PCC di Kuching semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Abdullah, Sagah, Uggah dan Dr Abdul Rahman (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia