Utusan Borneo (Sarawak)

6,500 KARTON ROKOK, 175 KOTAK MINUMAN KERAS DIRAMPAS

-

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak berjaya merampas 6,500 karton rokok pelbagai jenama serta 175 kotak minuman keras dalam tiga serbuan berasingan Ops Libas semalam.

Komander Briged Sarawak PGA SAC Datuk Khaw Kok Chin berkata kesemua rampasan tersebut dianggarka­n bernilai mencecah RM196,250.

“Serbuan pertama dilakukan ke atas sebuah kedai di Jalan Stutong, di sini sekitar jam 10 pagi, di mana hasil pemeriksaa­n, kami merampas 175 kotak minuman keras bernilai RM8,750 kerana pemilik kedai gagal mengemukak­an dokumen yang sah berhubung barangan tersebut.

“Pemilik kedai iaitu seorang lelaki berusia 37 tahun turut ditahan untuk siasatan lanjut.

“Manakala serbuan kedua iaitu sekitar tengah hari dilakukan ke atas sebuah rumah teres di Batu 9 Jalan KuchingSer­ian di mana hasil pemeriksaa­n, kami berjaya merampas 1,000 karton rokok pelbagai jenama yang dianggarka­n bernilai RM25,000,” katanya.

Difahamkan turut ditahan dalam serbuan kedua tersebut ialah seorang lelaki berusia 68 tahun yang berasal dari Taman Samarindah, Kota Samarahan.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung kejadian tersebut di Ibu Pejabat Briged Sarawak PGA di sini semalam.

Sementara itu, serbuan ketiga yang membabitka­n rampasan bernilai RM162,500 dilakukan ke atas sebuah rumah di Taman Green Land, Batu 11 Jalan Kuching-Serian.

KUCHING: Empat individu bernasib baik apabila mereka berjaya mengelak daripada menjadi mangsa penipuan ‘ Macau Scam’.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Superinten­den Mustafa Kamal Ganu Abdullah berkata, tiga daripada laporan itu melibatkan in- dividu menyamar sebagai pegawai polis.

Menurutnya suspek menuntut wang daripada pengadu selepas didakwa terlibat dalam tiga kemalangan langgar lari berasingan di Sabah.

“Ketiga- tiga pengadu iaitu seorang pesara guru berusia 61 tahun, seorang pekerja luar pesisir berusia 31 tahun di Miri dan seorang guru berusia 27 tahun dari Padawan.

“Kesemua mereka berjaya mengelak daripada ditipu sindiket ‘ Macau Scam’,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sementara seorang lagi pengadu katanya merupakan seorang suri rumah berusia 45 tahun di Sibu yang menerima panggilan daripada penipu yang mendakwa dirinya peguam untuk meminta pinjaman kenderaan yang tertunggak.

Beliau berkata, panggilan pertama yang diterima suri rumah berkenaan pada 22 Oktober apabila pemanggil mula menuntut bayaran sebanyak RM5,000.

Katanya ia diikuti dengan dua panggilan lain iaitu pada 23 Oktober di mana pemanggil minta bayaran RM7,500 dan RM2,000.

 ??  ?? TIADA CUKAI: Khaw (tengah) bersama pegawai kanan PGA Sarawak menunjukka­n barang rampasan dalam sidang media tersebut semalam.
TIADA CUKAI: Khaw (tengah) bersama pegawai kanan PGA Sarawak menunjukka­n barang rampasan dalam sidang media tersebut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia