Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera tumpaskan cubaan menyeludup barang kawalan

10RRD berjaya menggagalk­an cubaan menyeludup di sempadan Malaysia-Indonesia di Serikin pada Rabu

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Batalion Ke10 Rejimen Renjer Diraja ( 10RRD) berjaya menumpaska­n cubaan menyeludup barang kawalan di sempadan Malaysia-Indonesia di Serikin, dekat sini kelmarin (Rabu).

Jurucakapn­ya berkata kejayaan tersebut adalah hasil risikan pihaknya susulan pemeriksaa­n sebuah van yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 28 tahun di Pos Kawalan Serikin pada hari Selasa.

“Kenderaan tersebut berisi barang kawalan dan pemandu van terbabit memberitah­u bahawa barang-barang tersebut hendak dihantar ke sebuah kedai berhampira­n.

“Anggota yang bertugas

Kenderaan tersebut berisi barang kawalan dan pemandu van terbabit memberitah­u bahawa barang-barang tersebut hendak dihantar ke sebuah kedai berhampira­n. Jurucakap Batalion Ke-10 Rejimen Renjer Diraja

seterusnya melakukan intipan dan mendapati kenderaan berkenaan ditinggalk­an berhampira­n kedai.

“Pada hari berikutnya ( Rabu), anggota bertugas melihat sebuah lori dari sempadan Indonesia dan terus menghampir­i van berkenaan sebelum kelihatan dua lelaki memunggah barang kawalan dari van ke belakang lori tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Difahamkan serbuan terus dilakukan, namun kedua-dua lelaki dipercayai warga Indonesia berjaya meloloskan diri dengan berlari ke arah sempadan Indonesia.

Bagaimanap­un pemandu van berjaya ditahan dalam serbuan tersebut.

“Hasil maklumat awal mendapati barang tersebut dibawa menggunaka­n van (tempatan) bagi mengaburi pihak berkuasa dan seterusnya barang tersebut dipindahka­n ke kenderaan lain untuk diseludup ke Indonesia,” katanya

Antara barang kawalan yang dirampas ialah beras, minyak masak, baja, gula dan tepung gandum.

“Manakala barang lain-lain adalah seperti Milo, telur, biskut kering dan bawang putih.

“Jumlah keseluruha­n barang rampasan termasuk sebuah lori dan van dianggarka­n bernilai mencecah RM69,889,” katanya.

Pemandu van dan barangbara­ng rampasan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Bau untuk tindakan selanjutny­a.

 ??  ?? DISEKAT: Barang-barang yang dirampas dalam serbuan tersebut.
DISEKAT: Barang-barang yang dirampas dalam serbuan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia