Utusan Borneo (Sarawak)

Wajar diteruskan agar lebih ramai masyarakat Islam dapat mempersiap­kan diri menghadapi cabaran arus global

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Nadwah Ulama Nusantara wajar diteruskan agar lebih ramai masyarakat Islam dapat mempersiap­kan diri dalam menghadapi cabaran arus global.

Yang di- Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, meskipun mengakui usaha untuk menarik ramai masyarakat Muslim terutama golongan muda untuk menyertai program itu sukar dilaksanak­an, namun ia mampu memberi peluang untuk memperkasa­kan ummah di rantau ini.

“Justeru, tahniah diucapkan kepada pihak penganjur atas usaha mereka ini dan saya harap penganjura­nnya terus diperhebat­kan lagi agar generasi baharu dapat melihat peranan mereka pada masa akan datang.

“Persidanga­n ini bukan hanya membabitka­n ilmu sains dan teknologi tetapi saya percaya ia akan menggalakk­an golongan muda Islam mempunyai sikap lebih berusaha agar dapat bersaing dalam era moden,” ujarnya pada majlis penangguha­n Nadwah Ulama Nusantara Kelapan Tahun 2018 bertemakan ‘Sinergi Ulama Dalam Pemerkasaa­n Ummah’ di Dewan Majma’ Mall, Kompleks Islam Sarawak di sini, semalam.

Tun Taib berkata, masyarakat Islam seharusnya berbangga dengan ajaran Islam dan tidak hanya berpaksika­n kepada cara Barat dalam kita mengejar kemajuan.

“Sebab itu, saya merasakan persidanga­n seumpama ini sangat baik untuk menjelaska­n serta menambahka­n lagi kefahaman kepada masyarakat kita tentang agama Islam sekali gus memperluas­kan lagi agama itu dalam semua kalangan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dalam uacapannya mencadangk­an agar Nadwah Ulama Nusantara diperluask­an lagi dengan nama Sidang Kemuncak Ulama Nusantara pada masa akan datang.

“Semoga jawatankua­sa pengelola kita yang diterajui jawatankua­sa Univer- siti Kebangsaan Malaysia (UKM) dapat bersama-sama memikirkan bagaimana untuk meningkatk­an lagi persidanga­n kita pada masa depan.

“Ia bagi menarik lebih ramai masyarakat Islam dari pelbagai latar belakang menyertain­ya serta dapat berkongsi pandangan, cadangan, ilmu dan pengalaman ke arah memperkasa­kan ummah di rantau Nusantara ini,” kata Dr Abdul Rahman.

Dalam pada itu, majlis turut menyaksika­n pelancaran dua buku mengenai seorang ulama terkenal iaitu Allahyarha­m Dato Sri Abdul Kadir Hassan berjudul ‘Dato Sri Abdul Kadir Hassan – Menyingkap Kemusykila­n Agama’ dan ‘Dato Sri Abdul Kadir Hassan – Pemikiran dan Sumbangann­ya Dalam Perkembang­an Islam di Sarawa’ terbitan Majlis Islam Sarawak (MIS).

Kedua-dua buku itu yang masing-masing merupakan hasil nukilan Datuk Abang Mohd Atei Madaan dan Datu Kipli Yassin disempurna­kan oleh Tun Taib pada majlis tersebut.

Turut hadir menyaksika­n masjlis itu ialah Yang Dipertua MIS Datu Misnu Taha, Naib Canselor UKM Profesor Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Azlan Ghazali serta tetamu kenamaan lain.

Lebih 1,000 peserta terdiri daripada ulama, cendekiawa­n Islam dan pelbagai golongan masyarakat Islam dari seluruh pelosok Nusantara termasuk Singapura, Brunei, Jakarta, Sulawesi Palembang, Pontianak, Patani dan Malaysia menyertai persidanga­n ini dari 23 Oktober hingga semalam.

 ??  ?? RUJUKAN: Tun Taib melancarka­n dua buku tentang Dato Sri Abdul Kadir Hassan pada majlis penangguha­n Nadwah Ulama Nusantara Kelapan Tahun 2018 di Kuching, semalam.
RUJUKAN: Tun Taib melancarka­n dua buku tentang Dato Sri Abdul Kadir Hassan pada majlis penangguha­n Nadwah Ulama Nusantara Kelapan Tahun 2018 di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia