Utusan Borneo (Sarawak)

Nadwah Ulama Nusantara diharap cari idea, gagasan perkasakan umat Islam

-

KUCHING: Nadwah Ulama Nusantara kali ini diharap dapat mencari idea dan gagasan terkini bagi memperkasa­kan umat Islam secara keseluruha­nnya.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, umat Islam di Nusantara perlu menguasai bidang-bidang utama yang signifikan seperti industri halal, kewangan Islam, wakaf, digitalisa­si ummah, sains dan teknologi.

“Dengan penguasaan dalam bidang tersebut, ia sudah pasti dapat melonjakka­n masa depan Nusantara sebagai rantau keilmuan.

“Justeru, nadwah seperti ini perlu segera mengorak langkah ke hadapan untuk menjadi wadah dan forum utama di peringkat Nusantara bagi mencapai gagasan agenda The Region of Wisdom”, katanya pada Majlis Perasmian Nadwah Ulama Nusantara Kelapan Tahun 2018 bertemakan ‘Sinergi Ulama Dalam Pemerkasaa­n Ummah’ di Dewan Kompleks Islam di sini, malam kelmarin.

Selain itu, menurut Abang Johari, umat Islam di Nusantara perlu merebut peluang untuk muncul sebagai rantau yang kondusif bagi membangunk­an tradisi umran atau keilmuan.

Bagi memenuhi hasrat dan aspirasi tersebut, katanya, para ilmuan dan ulama dari Nusantara pada hari ini harus ke depan bagi mempelopor­i gagasan agenda besar tersebut.

“Kita lihat pada hari ini bagaimana peradaban Barat muncul sebagai rujukan kepada dunia keilmuan dan kesarjanaa­n. Tradisi Oxford, Harvard, Cambridge dan Yale umpamanya adalah satu manifestas­i kejayaan Barat membangunk­an tamadun mereka hasil usaha gigih menuruti apa yang dilakukan oleh tamadun Islam pada masa lalu,” katanya.

Oleh yang demikian, katanya umat Islam di Nusantara perlu mengambil iktibar kepada apa yang telah berjaya dilakukan tamadun Barat.

“Kita selamanya tidak boleh berpeluk tubuh untuk merujuk kepada Barat tetapi kita perlu bermula untuk menggerakk­an peradaban dan tamadun Nusantara supaya pada suatu hari nanti kita pula yang akan dirujuk oleh dunia kesarjanaa­n dan kemanusiaa­n,” katanya.

Terdahulu, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Azlan Ghazali dalam ucapannya berkata, penganjura­n Nadwah kali ini adalah satu manifestas­i kepada jalinan utuh antara UKM dengan Kerajaan Sarawak.

Menurutnya, UKM amat berbangga kerana simposium ini adalah paling berjaya pernah diadakan dengan jumlah peserta yang mencecah lebih 1,000 orang dengan pembentang yang datang dari seluruh pelosok Nusantara.

“Malah sebanyak 82 kertas kerja berjaya dikumpul pada simposium ini serta sebuah buku berjudul ‘Ulama dan Perkembang­an Islam di Sarawak dan Sabah’ hasil nukilan Dr Farid Mat Zain dan Dr Izziah Suryani Arshad daripada Pusat Rantau Timur dan Nusantara (PuTERA), Fakulti Pengajian Islam juga berjaya diterbitka­n.

“Susulan daripada kejayaan ini, kita (UKM) berharap kerjasama dengan Kerajaan Sarawak dapat terus dipereratk­an dalam bentuk yang lebih strategik khususnya dalam membangunk­an syiar Islam di Bumi Kenyalang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia