Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan PH batal banyak projek disifatkan mendiskrim­inasi hak pembanguna­n rakyat

-

KUCHING: Tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) membatalka­n banyak projek khususnya di kawasan luar bandar di Sarawak disifatkan sebagai mendiskrim­inasi hak pembanguna­n rakyat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dr Hazland Abang Hipni berkata, perbuatan Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen yang mendakwa pembatalan projek kerajaan terdahulu disebabkan projek ‘hot air’ dan projek ‘kroni’ hanyalah bersifat politik dan cuba mengalih pandangan umum terhadap ketidakpua­san rakyat terhadap ekonomi Malaysia ketika ini.

“Apakah yang dimaksudka­n Chong dengan projek ‘hot air’ dan projek ‘kroni’? Dakwaan tersebut hanya pernyataan politik yang bersifat memberikan gambaran yang tidak baik terhadap kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) dalam memperjuan­gkan pembanguna­n di Sarawak.

“Jika benar apa yang diperkatak­an pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak itu, Chong perlu memberi dan mengemukak­an senarai projek-projek yang dikatakan sebagai pro- jek ‘hot air’ dan ‘kroni’,” katanya dalam satu kenyataan media berhubung dakwaan Chong yang menyifatka­n dua kategori projek dibatalkan kerajaan pusat pada sidang media yang diadakan di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Dr Hazland yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut menegaskan bahawa pemberian atau penganuger­ahan projek yang diumumkan sebelum ini perlu melalui pelbagai peringkat sebelum diumumkan kepada rakyat.

“Setiap projek perlu diteliti terlebih dahulu dalam pelbagai peringkat menerusi suatu sistem yang ketat bersama jabatan atau agensi yang berkaitan,” tambahnya.

Menurutnya lagi, selepas mendapati tiada masalah berkaitan kewangan dan diluluskan baharulah ia diumumkan kepada rakyat oleh pemimpin politik daripada kerajaan terdahulu.

“Jangan hanya pandai mengeluark­an kenyataan bersifat politik hanya semata-mata mahu memberi gambaran dan imej buruk terhadap kerajaan terdahulu yang sebelum ini banyak berjasa kepada rakyat,” tegasnya.

Bercakap mengenai Chong, Dr Hazland berkata, sepan- jang memegang jawatan Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong lebih banyak bermain politik berbanding menyelesai­kan masalah rakyat khususnya berkaitan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang tinggi.

“Chong terlalu banyak berpolitik sehingga tugas dan peranan sebagai Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna tidak dapat dilaksanak­an dengan baik khususnya di Sarawak.

“Akibatnya, jika sebelum ini Chong di pihak pembangkan­g kerap kali mempersoal- kan tentang kenaikan harga barang dan kenaikan kos sara hidup sehingga mendakwa kerajaan terdahulu tidak melaksanak­an tugas dengan baik, tetapi kini sebagai kerajaan, Chong turut gagal mengatasi masalah rakyat.

“Malah, selepas pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) bagi menggantik­an Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) berkuat kuasa 1 September lepas, harga barangan yang dikatakan turun tidak menjadi kenyataan sebaliknya berlaku kenaikan yang ketara,” katanya.

Dr Hazland turut mempersoal­kan apakah rasion- alnya kerajaan PH yang diwakili Chong mahu menubuhkan syarikat bagi membangunk­an kereta nasional ketiga dan Jambatan Bengkok bagi menghubung­kan Malaysia dengan Singapura walaupun dikatakan ekonomi Malaysia kini dalam keadaan tidak menentu dan banyak hutang.

Sehingga kini, selepas lima bulan mentadbir Malaysia, tiada sebarang pembaharua­n yang dibawa oleh kerajaan PH sebaliknya lebih banyak drama politik disajikan kepada rakyat yang ketika ini telah mula hilang kepercayaa­n kepada kepimpinan kerajaan baharu pada hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia