Utusan Borneo (Sarawak)

Tabung bantuan bayi boleh dijadikan modal perniagaan

-

MIRI: Bantuan kewangan untuk bayi di Sarawak yang bermula tahun depan boleh dijadikan modal kepada penerima untuk memulakan perniagaan setelah mencecah usia 18 tahun.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, selain untuk tujuan pendidikan, simpanan daripada Kerajaan Sarawak itu menggalakk­an golongan belia untuk menceburi bidang keusahawan­an.

“Ini adalah satu usaha kerajaan memastikan setiap anak Sarawak yang dilahirkan, apabila telah mencapai umur 18 tahun, ia (simpanan) dapat digunakan sama ada untuk melanjutka­n pelajaran ke kolej, universiti atau pilihan untuk menceburi bidang keusahawan­an.

“Ia (simpanan) juga boleh digunakan sebagai modal geran mereka,” jelasnya pada majlis sambutan Hari Wanita Peringkat Daerah Subis di Bekenu semalam.

Fatimah yakin inisiatif baharu itu akan memberi impak besar terhadap sumber manusia yang penting untuk pertumbuha­n ekonomi Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan membentang­kan sepenuhnya pelaksanaa­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri pada 5 November.

Pengumuman pengenalan bantuan juga dikongsi Abang Johari semasa Majlis Lan Berambeh Anak Sarawak di Kuala Lumpur pada minggu lalu.

“Tiada pihak yang lebih prihatin tentang kesejahter­aan kita selain daripada kita sendiri,” tambahnya.

Fatimah menganggap bantuan tersebut adalah pandangan jauh Abang Johari membangunk­an sumber manusia dalam kalangan anak-anak Sarawak.

Bantuan diberikan kepada semua bayi yang lahir di Sarawak bermula tahun depan tanpa mengira latar belakang dan pendapatan ibu bapa namun simpanan itu hanya boleh dikeluarka­n setelah penerima mencecah usia 18 tahun.

Mengulas tentang statistik kelahiran, Fatimah memberitah­u, jumlah kelahiran di Sarawak bermula Januari hingga September tahun ini mencapai 23,000 orang.

Bagaimanap­un jumlah tersebut lebih rendah berbanding jumlah pada 2016 seramai 32,473 orang dan 2017 seramai 32,709 orang.

“Kita berharap tahun depan, lebih ramai anak Sarawak akan dilahirkan,” ujarnya.

Sehubungan itu, kementeria­n beliau akan bekerjasam­a dengan Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) untuk menyalurka­n bantuan itu.

Hadir sama semalam Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak yang juga ADUN Bekenu Rosey Yunus, Pegawai Daerah Subis Jamalie Busri, Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara ( LPPKN) Sarawak Dennis Chai dan Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bekenu Dr Shattish Sivarimuth­u.

 ??  ?? KENANGAN: Awang Tengah (duduk, lima kanan), Tri Prayitno (duduk, empat kanan), Abang Karim (duduk, tiga kanan), Juita (duduk, enam kanan) dan Ira (duduk, tengah) merakam kenangan bersama ahli Dewanita DUBS dan Iwapi.
KENANGAN: Awang Tengah (duduk, lima kanan), Tri Prayitno (duduk, empat kanan), Abang Karim (duduk, tiga kanan), Juita (duduk, enam kanan) dan Ira (duduk, tengah) merakam kenangan bersama ahli Dewanita DUBS dan Iwapi.
 ??  ?? RASMI: Fatimah ditemani Rosey (tiga kiri) dan tetamu kehormat lain menggaul hidangan kerabu tanda simbolik perasmian Hari Wanita Daerah Subis di Bekenu semalam.
RASMI: Fatimah ditemani Rosey (tiga kiri) dan tetamu kehormat lain menggaul hidangan kerabu tanda simbolik perasmian Hari Wanita Daerah Subis di Bekenu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia