Utusan Borneo (Sarawak)

Bantu usahawan Indonesia bekerjasam­a dengan Sarawak Usahawan Sarawak, Kalimantan harus lihat potensi dari peringkat antarabang­sa, berani dalam usaha sama pelaburan: Awang Tengah

-

JAKARTA: Kerajaan Sarawak sentiasa bersedia memberi bantuan kepada usahawan wanita yang terlibat dalam perniagaan kecil dan sederhana dari Indonesia dalam kerjasama pelaburan dengan pengusaha Sarawak.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, usahawan terutama dari Sarawak dan Kalimantan yang merupakan jiran harus melihat potensi dari peringkat antarabang­sa dan bersikap berani dalam usaha sama pelaburan.

“Kerajaan Sarawak bersedia membantu mana-mana usahawan dari Indonesia yang melakukan usaha sama dengan usahawan Sarawak dalam mengembang­kan perniagaan dan pasaran.

“Pada masa yang sama, saya menyeru agar usahawan tempatan Sarawak turut melihat peluang perniagaan lain. “Sarawak adalah negeri yang kaya dengan sumber dan adalah wajar kita menggunaka­n sepenuhnya peluang yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaha- man antara Dewanita Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) dan Ikatan Pengusaha Wanita Indonesia (IWAPI) di sini semalam.

Tambah Awang Tengah, Sarawak merupakan antara destinasi pelaburan yang menjadi pilihan dan bersedia menjadi pintu kepada pasaran antarabang­sa.

Justeru beliau menasihati usahawan wanita untuk tidak ketinggala­n menggunaka­n platform digital dalam memasarkan produk mereka.

“Gunakanlah platform digital sepenuhnya kerana pasaran digital lebih luas capaiannya,” tambahnya.

Perjanjian persefaham­an tersebut akan menyaksika­n Dewanita DUBS dan IWAPI bekerjasam­a meneroka idea baharu, kemahiran dan usaha sama perniagaan.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Konsul Jeneral Indonesia di Kuching Yonny Tri Prayitno, Presiden Dewan Perdaganga­n dan Industri Sarawak Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg, Presiden Dewanita DUBS Juita Drap dan Timbalan Presiden IWAPI Ira Sofwan.

Kerajaan Sarawak bersedia membantu mana-mana usahawan dari Indonesia yang melakukan usaha sama dengan usahawan Sarawak dalam mengembang­kan perniagaan dan pasaran. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia