Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak AgroFest akan dijadikan acara tahunan Ia bagi membantu meningkatk­an ekonomi para petani, penternak dan nelayan serta pengusaha industri asas tani

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Sarawak AgroFest akan dijadikan sebagai acara tahunan bagi membantu meningkatk­an ekonomi para petani, penternak dan nelayan serta pengusaha industri asas tani secara keseluruha­nnya di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang menyokong penuh penganjura­n festival itu berkata ia akan dianjurkan setiap tahun di lokasi-lokasi lain di negeri ini bagi memberi peluang kepada masyarakat luar bandar terlibat dalam festival ini.

“Sarawak AgroFest merupakan salah satu inisiatif yang dipelopori Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk membantu meningkatk­an ekonomi rakyat kita terutama yang terlibat dalam industri asas tani.

“Sebab itu kita akan menjadikan acara ini sebagai acara tahunan untuk Sarawak dan kita akan anjurkan festival ini bukan sahaja di Kuching tetapi juga di tempat-tempat lain di negeri ini supaya rakyat kita di luar bandar tahu apa yang dilakukan oleh GPS untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran rasmi Sarawak AgroFest 2018 yang berlangsun­g di pekarangan Pusat Konvensyen Penview (PCC) di sini bermula 20 hingga 28 Ogos ini.

Terdahulu Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas UggahEmbas­berkataSar­awak AgroFest yang dianjurkan buat julung kalinya ini merupakan festival pertanian terbesar di Sarawak.

Festival ini merupakan penjenamaa­n semula daripada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) dengan tujuan mempromosi­kan industri berasaskan pertanian di negeri ini.

Festival ini katanya, menggabung­kan elemen pendidikan, pertanding­an dan hiburan untuk menarik minat masyarakat menceburi bidang pertanian sebagai

 ??  ??
 ?? — Gambar Chimon Upon ?? PENTERNAKA­N: Pameran ternakan ayam untuk mereka yang meminati bidang ternakan.
— Gambar Chimon Upon PENTERNAKA­N: Pameran ternakan ayam untuk mereka yang meminati bidang ternakan.
 ?? — Gambar Chimon Upon ?? PENJAGAAN: Seorang penternak memberi makan kepada kerbau ternakanny­a yang turut dipamerkan.
— Gambar Chimon Upon PENJAGAAN: Seorang penternak memberi makan kepada kerbau ternakanny­a yang turut dipamerkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia