Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak AgroFest 2018 disambut baik pengunjung

-

KUCHING: Sarawak AgroFest 2018 yang julung kalinya diadakan disambut baik oleh masyarakat yang berkunjung kerana ia mampu menyediaka­n maklumat dalam sektor pertanian.

Bermula pada 20 hingga 28 Oktober 2018, di Pusat Konvensyen Penview (PCC), Demak di sini, festival yang dahulunya dikenali Hari Peladang, Penternak dan Nelayan ( HPPN) menggabung­kan pameran dan jualan, persidanga­n dan seminar, pemadanan perniagaan, jualan makanan, zoo mini, permainan, peraduan dan hiburan.

Antara yang menarik pengunjung adalah ruang Pavilion Pertanian Pintar yang menyaksika­n pelbagai peralatan teknologi pertanian selain kaedah pertanian pintar dipamerkan.

Festival anjuran Kerajaan Sarawak dan Jabatan Pertanian Sarawak yang terbuka kepada orang awam pada jam 10 pagi hingga 10 malam itu, semalam dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta dihadiri Timbalanny­a juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Tinjauan Utusan Borneo di tapak pameran dan gerai mendapati pengunjung yang hadir terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang.

Ada yang menyatakan program seperti itu memberi banyak manfaat kepada semua pihak bukan sahaja pemain industri pertanian tetapi dalam kalangan pelbagai latar belakang.

Seorang pengunjung Chieng Kwong Ming, 37, ketika ditemui berkata, Sarawak AgroFest dilihat sebagai satu wadah untuk meningkatk­an lagi pengetahua­n dalam sektor pertanian.

“Ia satu program yang amat bagus kerana menyediaka­n pelbagai maklumat kepada pengunjung yang hadir melalui ruang pameran yang diadakan.

“Kita juga dapat melihat pelbagai produk pertanian, produk berasaskan tenologi dalam pertanian dan bertukar-tukar maklumat,” kata guru SM Teknik Sejingkat itu.

K a t a n y a , m a l a h a n pengunjung atau orang ramai boleh bertanya sendiri dengan pegawai atau kakitangan terlibat dalam pameran berkenaan.

Sementara itu bagi seorang pelajar, Timothy Achan,23, kunjungan ke Sarawak AgroFest itu amat bermakna kepada dirinya untuk melihat sendiri perkara berkaitan sektor pertanian.

“Selama ini mungkin kita hanya terhad kepada melihat pertanian hanya dalam satu aspek.

“Namun selepas melawat ke sini, kita dapat melihat pelbagai kemudahan, peralatan dan bidang yang luas dalam pertanian terutama pertanian pintar menggunaka­n teknologi,” katanya.

Timothy yang merupakan pelajar bidang Perladanga­n di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak, dengan itu berharap penganjura­n seperti Sarawak AgroFest itu diadakan setiap tahun.

“Sebagai seorang pelajar dalam bidang perladanga­n, apa yang saya dapat lihat pameran di sini adalah pelbagai maklumat baharu.

“Pameran ini tidak terhad kepada pemain industri pertanian sahaja tetapi untuk semua golongan masyarakat,” katanya.

 ??  ?? TIDAK LEPAS PELUANG: Orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksika­n haiwan ternakan yang ada di AgroFest Mini Zoo.
TIDAK LEPAS PELUANG: Orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksika­n haiwan ternakan yang ada di AgroFest Mini Zoo.
 ??  ?? TEMPATAN: Antara pengusaha produk tempatan yang terlibat dalam pameran berasaskan hasil pertanian.
TEMPATAN: Antara pengusaha produk tempatan yang terlibat dalam pameran berasaskan hasil pertanian.
 ??  ?? CHIENG KWONG MING
CHIENG KWONG MING
 ??  ?? TIMOTHY ACHAN
TIMOTHY ACHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia