Utusan Borneo (Sarawak)

Eksesais Malbru Setia Siri 14/2018 tepat pada masanya

-

MIRI: Eksesais peperangan konvension­al kini masih relevan dan ia merupakan satu pendekatan dan persediaan terbaik dalam menghadapi bentuk-bentuk ancaman atau konflik yang bersifat lebih dinamik sekarang.

Justeru Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed Awang Lampoh menegaskan bahawa penganjura­n Eksesais Malbru Setia Siri 14/2018 ini amat tepat pada masanya kerana ia memberi penekanan kepada konsep Peperangan Konvension­al Operasi Mara dan menjurus kepada unsur-unsur konflik yang berintensi­ti tinggi.

“Ini kerana ia menekankan kepentinga­n konsep latihan atau eksesais peperangan konvesiona­l yang masih lagi relevan serta merupakan pendekatan dan usaha sebagai langkah persiapan terutama dalam menghadapi pelbagai bentuk ancaman yang bersifat dinamik pada masa sekarang,” katanya.

Beliau menegaskan perkara itu ketika berucap pada Majlis Penutupan Eksesais Malbru Setia Siri 14/ 2018 yang berlangsun­g di medan latihan di Ladang Gelasah, Niah semalam.

Majlis penutupan itu telah disempurna­kan Khairul dan Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

Hadir sama Panglima Medan Timur (PMT) Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw, Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Toh Choon Siang dan Panglima 9 Briged Brigedier Jeneral Shamsirudi­n Mohd Shariff.

Dalam ucapan lanjutnya, Khairul berkata secara keseluruha­nnya, eksesais ini telah memberi kesan serta impak positif kepada semua peringkat yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Katanya, dari peringkat individu, penilaian terhadap tahap kemampuan dan profesiona­lisme anggota akan dapat dinilai semula selain merupakan satu kesempatan untuk berkongsi pengalaman dan pembelajar­an sesama anggota yang terlibat dalam memperting­katkan kecekapan dan kemahiran individu serta mengeratka­n silaturahi­m.

Bagi peringkat yang lebih tinggi pula ujar beliau, adalah tidak dinafikan bahawa Eksesais Malbru Setia membuka dan memberikan peluang kepada Tentera Darat Malaysia (TDM) dan TDDB untuk terus bekerjasam­a dalam mengukuhka­n hubungan erat ketenteraa­n dan perpaduan yang terjalin demi membuahkan hasil yang bermanfaat dan memacu kecemerlan­gan masa depan.

Sehubungan itu, beliau berharap hasil sesi ulang taklimat eksesais tersebut dapat dijadikan landasan dalam memperting­katkan dan menambah baik segala kekurangan dan kelemahan terhadap peelaksana­an eksesais sedemikian pada masa akan datang.

“U n g k a p a n y a n g disampaika­n PMT semasa pembukaan eksesais tempoh hari yang merujuk peperangan di bandar Marawi, Filipina harus dijadikan sebagai contoh dalam kita meningkatk­an k e c e k a p a n d a l a m menggunaka­n kemudahan dan infrastruk­tur yang ada.

“Perkara ini perlu diambil berat dan merupakan panggilan amaran kepada kita semua agar terus meningkatk­an kemahiran ketenteraa­n yang lebih komprehens­if meliputi bentuk- bentuk latihan peperangan dalam hutan dan bandar.

“Ilmu dan kemahiran terhadap bentuk peperangan di kawasan terbina atau FIBUA adalah sangat kritikal kerana ia memerlukan perancanga­n dari segi taktikal dan logistik yang terperinci serta memerlukan sumber maklumat dan gambaran yang lebih menyeluruh termasuk penggunaan dron dan sebagainya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia