Utusan Borneo (Sarawak)

GPS tahu yang terbaik untuk rakyat Sarawak, kata Julaihi

-

LONG LAMA: Parti-parti politik dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengetahui yang terbaik untuk rakyat Sarawak.

Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata, GPS akan memastikan janjijanji ditunai dan dibangun mengikut kehendak rakyat.

“Kita tahu yang terbaik dan memahami sepenuhnya keperluan rakyat. Kita tunaikan apa yang telah kita janjikan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika lawatan kerja meninjau projek Jambatan Long Lama yang terletak 140 kilometer dari bandar raya Miri, semalam.

Julaihi yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, janji turut melibatkan projek- projek diumumkan dalam kempen pilihan raya yang dipastikan dilaksana dengan jayanya.

Beliau menambah, lebih banyak projek baharu akan dirancang Kerajaan Sarawak untuk rakyat.

Mengulas tentang projek Jambatan Long Lama, projek Kerajaan Sarawak itu melibatkan perbelanja­an RM67 juta.

Jambatan dijadual dibuka untuk digunakan pada April tahun depan.

GPS yang sebelum ini merupakan gabungan parti dalam Barisan Nasional (BN) mendapat mandat besar pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 pada 2016.

“Kerajaan adalah untuk rakyat yang telah memberi mandat dan memenuhi janji kita tanpa sebarang alasan,” tegasnya.

Julaihi memberitah­u, jaringan pengangkut­an dan perhubunga­n adalah kunci utama untuk Kerajaan Sarawak membawa transforma­si di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Oleh itu, sokongan padu rakyat kepada Kerajaan Sarawak amat diperlukan untuk menjayakan agenda pembanguna­n yang dirancang di kawasan mereka.

Sarawak memiliki kepakaran dan sumber kewangan untuk membangunk­an jaringan perhubunga­n dan program transforma­si ekonomi termasuk pembinaan Jambatan Long Lama di Telang Usan, Baram.

Pemimpin politik dalam GPS dan Kerajaan Sarawak amat menghargai dan memahami keperluan serta aspirasi rakyat.

Sehubungan itu, Kerajaan Sarawak menyahut cabaran untuk menyediaka­n dana membangunk­an projekproj­ek besar tanpa bergantung sepenuhnya kepada kerajaan pusat.

“Kita tidak mahu ada alat kawalan jauh dari luar Sarawak mengurus negeri kita, kewangan kita dan sumber kita,” jelasnya.

 ??  ?? BERJALAN LANCAR: Julaihi (tengah) dan ADUN Telang Usan Dennis Ngau (di sebelah kanan Julaihi) bersama rombongan menunjukka­n tanda bagus terhadap kemajuan pembanguna­n projek Jambatan Long Lama.
BERJALAN LANCAR: Julaihi (tengah) dan ADUN Telang Usan Dennis Ngau (di sebelah kanan Julaihi) bersama rombongan menunjukka­n tanda bagus terhadap kemajuan pembanguna­n projek Jambatan Long Lama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia