Utusan Borneo (Sarawak)

PKR Sarawak serah kepada SPRM siasat cara PKR Julau tambah ahli

-

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak menyerahka­n kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya ada unsur rasuah melibatkan cara PKR Cabang Julau menambah jumlah ahlinya.

“Kami serahkan kepada SPRM. Kami tidak layak untuk membuat dakwaan itu dan kami hanya layak untuk membuat laporan kepada SPRM yang tahu apa perlu dibuat,” kata Naib Pengerusi PKR Sarawak See Chee How kepada pemberita di sini, semalam.

Selain itu, See juga menjelaska­n bahawa PKR Sarawak tidak mempunyai kuasa dalam menentukan kelayakan pemilihan PKR Cabang Julau, sambil menambah ia adalah terletak kepada kepimpinan parti dan jawatankua­sa pemilihan di peringkat pusat.

“Ini kerana PKR merupakan sebuah parti reformis dan progresif. Kami mahu mengadakan pemilihan menggunaka­n e-voting, kami mahu memperbaik­i seluruh sistem di bawah prinsip demokrasi, adil dan terbuka.

“Sebab itulah, jika keahlian menunjukka­n perkara yang menyalahi undang-undang dan menyimpang daripada peraturan parti, saya rasa kita perlu meneliti perkara itu dan membersihk­an senarai keahlian.

“Kita harap parti akan berbuat demikian dan mungkin agensi seperti SPRM dan polis dapat membantu kita,” katanya.

Sementara itu, PKR Sarawak kekal berpegang kepada dakwaan bahawa cara PKR Cabang Julau menambah jumlah ahli adalah mencurigak­an, yang menyaksika­n peningkata­n ahli secara mendadak itu.

Justeru, laporan telah dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Sarawak Vernon Kedit di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak semalam dengan turut diiringi Setiausaha PKR Sarawak Nicholas Bawin, See serta ketua-ketua cabang PKR Sarawak.

Laporan kepada SPRM itu dibuat selepas Pusat Khidmat Parlimen PKR Julau di bawah Ahli Parlimen Julau Larry Sng membuat laporan polis terhadap Vernon dan saluran media yang yang menyiarkan dakwaan Vernon tentang status keahlian PKR Julau yang mencurigak­an.

Larry menyertai PKR beberapa minggu selepas me- menangi Parlimen Julau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu, atas tiket bebas.

Malah, Nicholas berkata tindakan itu juga susulan daripada kenyataan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail bahawa semua senarai keahlian tersebut sudah dimuktamad­kan dan aduan mereka mengenai perkara tersebut sudah melepasi tempoh bantahan.

“Kami tidak ada pilihan lain kecuali membawa perkara ini kepada SPRM kerana perkara yang menyalahi undangunda­ng dan menyimpang daripada peraturan yang kami bangkitkan menerusi saluran parti tidak dipedulika­n,” katanya kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat SPRM.

Manakala Vernon berkata pihaknya ingin meminta SPRM menjalanka­n siasatan terperinci dan menyeluruh ke atas perkara yang serius itu.

“Kami mahu SPRM me- nentukan sama ada berlaku sebarang penyalahgu­naan kuasa oleh ketua parti tertentu dengan menyembuny­ikan perkara yang menyalahi undang-undang dan menyimpang daripada peraturan parti seperti yang disebut dalam deklarasi berkanun kami kerana imej dan kredibilit­i parti kami kini sedang diperhatik­an oleh rakyat,” katanya.

Sebelum ini, PKR Sarawak telah mengemukak­an aduan kepada kepimpinan PKR berhubung kejanggala­n keanggotaa­n dalam PKR Cabang Julau yang menambah jumlah ahli kepada lebih 13,000 daripada 603 pada Jun lalu dalam satu hari menjelang pemilihan pucuk pimpinan parti pusat itu.

Selain peningkata­n anggota, terdapat dakwaan pihak yang didaftar menjadi ahli tanpa pengetahua­n dan persetujua­n mereka.

Ia setelah PKR Sarawak menemukan lebih 1,000 anggota baharu parti itu telah menafikan mereka pernah bersetuju atau memohon untuk menyertai PKR.

Malah, lebih 1,000 anggota tidak mempunyai nombor keanggotaa­n parti manakala sejumlah nombor didapati muncul lebih sekali dalam senarai keanggotaa­n.

Bagaimanap­un, Saifuddin dilaporkan menegaskan bahawa aduan pertambaha­n mendadak ahli PKR itu bukan di bawah bidang kuasanya, sebaliknya hal tersebut telah dipertangg­ungjawabka­n kepada penyandang jawatan naib presiden parti, Dr Xavier Jayakumar.

 ??  ?? BUAT LAPORAN: Vernon (kiri) diiringi See (dua kiri), Nicholas (depan, dua kanan) serta ketua-ketua Cabang PKR Sarawak yang lain memasuki ibu pejabat SPRM Sarawak pada sekitar jam 10.30 pagi semalam untuk mengemukak­an laporan mengenai cara PKR Cabang Julau menambah jumlah ahlinya.
BUAT LAPORAN: Vernon (kiri) diiringi See (dua kiri), Nicholas (depan, dua kanan) serta ketua-ketua Cabang PKR Sarawak yang lain memasuki ibu pejabat SPRM Sarawak pada sekitar jam 10.30 pagi semalam untuk mengemukak­an laporan mengenai cara PKR Cabang Julau menambah jumlah ahlinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia