Utusan Borneo (Sarawak)

Kebebasan berpersatu­an kukuhkan perpaduan kaum: Harden

-

SRI AMAN: Keprihatin­an kerajaan memberi kebebasan kepada rakyat menubuhkan pelbagai persatuan secara tidak langsung membantu memperkuku­hkan perpaduan antara kaum di negeri ini.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, asas pembanguna­n sesebuah negeri adalah perpaduan kaum, politik yang stabil serta rakyat berbilang kaum yang bercampur dan bekerjasam­a antara satu sama lain.

“Ketenteram­an dan politik yang stabil membolehka­n kerajaan merancang pelbagai projek pembanguna­n untuk rakyat negeri ini,” katanya ketika berucap merasmikan Sesi Dialog Pemimpin Bersama Ketua Masyarakat Iban Daerah Sri Aman anjuran Persatuan Ketua Masyarakat Kaum Iban Daerah Sri Aman di sebuah restoran terkemuka di sini, semalam.

Kata Harden lagi, oleh itu semua persatuan mahupun pertubuhan di negeri ini perlu memainkan peranan memperkuku­h perpaduan rakyat berbilang kaum demi membentuk keharmonia­n, kesejahter­aan dan keamanan negara kerana ini adalah tanggungja­wab semua.

“Saya berharap semua persatuan di negeri ini tidak mengira persatuan kaum Iban, Melayu atau Cina, bersatu padu dalam bersama menjaga keamanan, keharmonia­n dan perpaduan rakyat berbilang kaum di negeri ini,” katanya.

Tambahnya, kerajaan dalam melaksanak­an pembanguna­n juga amat memerlukan sokongan para pemimpin masyarakat agar ia terlaksana demi kemajuan pendidikan, sosioekono­mi, kebudayaan, sukan dan sebagainya.

“Menyedari keperluan ini, kerajaan membenarka­n p e n u b u h a n p e l b a g a i pertubuhan dan persatuan bagi membantu kerajaan melaksanak­an,” katanya.

Hadir sama pada sesi dialog berkenaan Pegawai Daerah Sri Aman Ismawie Salleh, Pegawai Tadbir Sarawak di Pejabat Residen Bahagian Sri Aman Thomas Kendawang, Pengerusi Persatuan Temenggung Samuel Lawen, Pemanca Michael John Sanggop serta ketua-ketua masyarakat yang lain.

Sesi dialog berkenaan dihadiri 104 tuai tuai rumah dari kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Simanggang.

 ??  ?? TERIMALAH: Samuel (empat kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Harden sambil diperhatik­an yang lain.
TERIMALAH: Samuel (empat kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Harden sambil diperhatik­an yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia