Utusan Borneo (Sarawak)

Umat Islam mohon Masjid At Taqwa tidak ditutup kerana kerja ubah suai masih belum bermula

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Umat Islam di sini memohon kepada pihak berkuasa berkaitan supaya tidak menutup Masjid At Taqwa, memandangk­an kerja mengubah suai seperti yang diumumkan jawatankua­sa masjid pada bulan lepas, masih belum bermula.

Umat Islam yang melakukan solat harian di Masjid At Taqwa, Miri, Mohd Farish Danish mendedahka­n sehingga kini, pihak kontraktor mahupun kerja pengubahsu­aian masih belum kelihatan di masjid berkenaan

“Masjid itu hanya perlu ditutup selepas pihak berkuasa yang berkaitan telah melantik kontraktor dan kerja pengubahsu­aian bermula.

“Namun selagi kerja belum dimulakan, tidak perlulah mereka menutup masjid tersebut daripada digunakan untuk umat Islam beribadah, kerana ia agak menyedihka­n melihat rumah Allah itu terbiar begitu sahaja,” katanya, di sini semalam.

Menurut Mohd Farish, umat Islam di sini juga sedih melihat masjid berkenaan ditutup untuk aktiviti ibadah, sejak bulan lalu walaupun

Masjid itu hanya perlu ditutup selepas pihak berkuasa yang berkaitan telah melantik kontraktor dan kerja pengubahsu­aian bermula. Mohd Farish Danish Jemaah Masjid At Taqwa, Miri

kerja pengubahsu­aian tidak dilakukan mengikut jadual sehingga hari ini.

Katanya, selagi kerja pengubahsu­aian masih belum bermula dan pembinaan tidak dilakukan tepat pada waktunya, maka selagi itulah keadaan yang tertangguh itu melengahka­n umat Islam untuk menggunaka­n masjid bagi tempoh beberapa bulan lagi.

Pada masa ini, beliau berkata, umat Islam di sekitar bandar raya ini terpaksa menggunaka­n Masjid Jamek Miri yang lebih kecil saiznya dan amat sesak ketika solat Jumaat, hingga ada yang terpaksa berdiri di luar tanpa dapat melakukan solat mereka.

Seorang lagi umat Islam yang ditemui di Masjid Jamek Miri, Heryanto Herman, berharap agar kerja pengu- bahsuaian di Masjid At Taqwa dapat dilakukan dengan cepat agar masjid utama itu kelak dapat digunakan sepenuhnya, sebagaiman­a perancanga­n asal jadualnya, iaitu untuk tempoh satu hingga satu setengah tahun (kerja pembinaann­ya).

“Sebaliknya, jika kerja pembinaan tidak dapat dibuat mengikut masa yang ditetapkan, maka ia akan terus tertangguh dan menyukarka­n umat Islam di sekitar bandar raya ini, khususnya dari kampung-kampung berhampira­n, untuk menunaikan solat mereka, terutama pada hari Jumaat.

“Kenapa tidak membuka Masjid At Taqwa itu untuk umat Islam menunaikan ibadah mereka sementara menunggu kerja pengubahsu­aian yang masih belum dilaksanak­an,” katanya.

Sementara itu, jawatankua­sa masjid telah memaklumka­n dan mengeluark­an notis kepada umat Islam di sini, bahawa Masjid At Taqwa ditutup (sejak bulan lepas) untuk memberi laluan kepada kerja pengubahsu­aian dan dijangka siap dalam tempoh satu setengah tahun.

Masjid berkenaan bukan sahaja menjadi tempat untuk beribadah terutama menunaikan solat Jumaat, bagi penduduk setempat, malah warga asing beragama Islam termasuk rakyat negara Brunei Darussalam yang turut ke Miri.

Ini kerana kedudukann­ya yang strategik, terletak di tengah-tengah bandar raya ini, menjadikan ia tumpuan paling mudah.

 ??  ?? PERLU TINDAKAN: Pihak berkuasa diseru mengambil tindakan terhadap pemandu yang memarkirka­n lori di tepi jalan hingga menyebabka­n jalan raya dua lorong ini berisiko tinggi kepada pemandu lain.
PERLU TINDAKAN: Pihak berkuasa diseru mengambil tindakan terhadap pemandu yang memarkirka­n lori di tepi jalan hingga menyebabka­n jalan raya dua lorong ini berisiko tinggi kepada pemandu lain.
 ??  ?? DITUTUP: Masjid At Taqwa Miri yang sudah ditutup sejak bulan lepas, namun umat Islam memohon ia dibuka semula sehinggala­h kerja pengubahsu­aian dimulakan.
DITUTUP: Masjid At Taqwa Miri yang sudah ditutup sejak bulan lepas, namun umat Islam memohon ia dibuka semula sehinggala­h kerja pengubahsu­aian dimulakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia