Utusan Borneo (Sarawak)

Penjenayah tegar ugut bapa direman empat hari

-

MIRI: Seorang penjenayah tegar yang ditangkap kerana disyaki melakukan ugutan jenayah terhadap bapanya diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman empat hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Zuraini Ali Musa setelah membenarka­n permohonan reman yang dikemukaka­n penolong pegawai penyiasat Sarjan Johnny Mathew Jang mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Dalam permohonan­nya Johnny memberitah­u, suspek ditangkap sekitar jam 3.15 petang, 22 Oktober lalu di tingkat satu sebuah lot di Jalan Cahaya, Lopeng.

Tangkapan ke atasnya dibuat susulan satu laporan polis yang dibuat bapanya di Balai Polis Pusat Miri pada pagi berkenaan.

Dalam aduannya, pengadu, 69, mendakwa sekitar jam 9.30 pagi, 22 Oktober lalu, anak lelakinya telah mengamuk dan sering meminta wang daripadany­a.

Malah menurut pengadu, anaknya itu sering mengugut hendak memukulnya dan dia (anak) pernah dimasukkan ke penjara tiga kali.

Dalam permohonan lanjutnya Johnny berkata, reman empat hari ke atas suspek yang berusia 41 tahun dari Jalan Palma 3, RPR Batu 6, Taman Perindustr­ian Indah di sini amat diperlukan untuk membolehka­n polis melengkapk­an siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk merakam percakapan beramaran suspek dan saksi serta merujuk suspek ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Miri untuk menjalani ujian air kencing.

 ??  ?? DIBANTU: Anggota APM bersama pemilik berusaha menyelamat­kan dan mengeluark­an kucing tersebut dari dalam parit.
DIBANTU: Anggota APM bersama pemilik berusaha menyelamat­kan dan mengeluark­an kucing tersebut dari dalam parit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia