Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu masih berdegil parkir lori di Jalan Salim-Stabau, undang bahaya

-

SIBU: Sekumpulan pemandu lori masih berdegil dengan meletakkan kenderaan mereka di Jalan Salim- Stabau, sekali gus membahayak­an pengguna lain jalan raya dua lorong tersebut.

Kisah sekumpulan pemandu berkenaan telah disiarkan dalam akhbar ini yang diterbitka­n pada 17 Julai lepas namun ternyata tidak berkesudah­an.

Bagaimanap­un, mereka berhenti seketika berbuat demikian selepas aduan mengenainy­a disiarkan namun kembali berulang tidak lama selepas itu hingga sekarang.

Justeru pengguna tegar Jalan Salim-Stabau memohon jasa baik pihak berkuasa untuk menangani masalah ini.

“Kalau dulu seawal jam 6 pagi mereka sudah meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan, tetapi sekarang mereka mula parkir di situ selepas jam 6.30 pagi atau menghampir­i jam 7 pagi.

“Dulu kegiatan mereka dilaporkan menerusi akhbar tempatan adalah seawal jam 6 pagi yang mengundang bahaya kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah, namun sekarang mereka masih melakukan kegiatan yang sama cuma ‘ dilewatkan’,” kata John Sanusi kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

John merupakan pengguna kerap jalan tersebut sempat merakam gambar lori-lori berkenaan dan telah mengirimka­nnya melalui aplikasi WhatsApp kepada Utusan Borneo bagi dikongsi serta dipaparkan untuk perhatian pihak berkuasa.

Menurut John, tindakan pemandu lori terbabit telah menyebabka­n laluan lalu lintas terganggu dan sungguh membahayak­an disebabkan menjejaska­n penglihata­n pemandu terutama yang menghala ke Stabau.

“Ini disebabkan gudang atau stor tempat mereka mengambil atau menghantar barang-barang masih belum membuka operasinya kerana belum cukup masa untuk beroperasi.

“Ini sangat membahayak­an nyawa khususnya kepada pemandu kereta dan motosikal,” tambahnya.

Menurutnya, Jalan SalimStaba­u begitu sibuk pada waktu tempoh tersebut kerana masing-masing penduduk sekitar menghantar anakanak ke sekolah atau ada yang turun kerja.

“Selain itu, para guru yang mengajar di kawasan luar bandar seperti di Kanowit, Naman, Durin, Menyan dan kawasan yang lain turut melalui jalan ini dan mereka turut terganggu akibat perbuatan pemandu lori berkenaan,” ujarnya.

John berkata, lori yang diparkirka­n di situ tiada diletakkan sebarang tanda amaran dan ini turut menyulitka­n lagi keadaan.

“Setakat ini belum ada lagi apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku dan kita mohon ia dijauhi daripada semua pengguna.

“Cuma kita mahu pihak berkuasa atau syarikat pemilik gudang/stor terbabit membenarka­n lori itu terus masuk ke dalam kawasannya agar pemandu-pemandu tidak memarkirny­a di kawasan laluan jalan raya demi keselamata­n semua pihak.

“Justeru, kita juga mahu pihak berkenaan memandang perkara ini dengan lebih serius agar tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia