Utusan Borneo (Sarawak)

Adik bakar rumah abang direman enam hari

-

MIRI: Mahkamah Majistret memerintah­kan seorang lelaki yang ditangkap kerana disyaki membakar rumah abangnya sendiri supaya direman enam hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Suspek, 47, dari Tudan Desaras Fasa 2 di sini diperintah­kan menjalani reman itu di lokap Balai Polis Pusat Miri mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Menurut keterangan pegawai penyiasat Inspektor Fredly Juing ketika mengemukak­an permohonan reman tersebut, pada pagi 22 Oktober lalu seorang pekerja luar pantai membuat laporan polis mendakwa rumahnya telah terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat.

Dalam aduannya, pengadu, 49, dari Tudan Desaras Fasa 6 di sini mendakwa sekitar jam 4 petang, 20 Oktober lalu, semasa sampai di rumah, dia mendapati rumahnya telah musnah terbakar.

Pengadu mendapat tahu bahawa kebakaran yang meranapkan rumahnya itu telah berlaku pada 17 Oktober lalu dan ketika kejadian, rumah tersebut tiada penghuni kerana pengadu sedang bekerja di luar pantai.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 11 malam hari sama di sebuah rumah di Tudan Desaras Fasa 2, polis telah menahan seorang lelaki kerana disyaki membakar rumah pengadu yang juga abangnya sendiri.

Dalam permohonan­nya Fredly memberitah­u, reman tujuh hari ke atas suspek amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini yang disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

Bagaimanap­un, Majistret Zuraini Ali Musa hanya membenarka­n reman enam hari ke atas suspek sehingga 29 Oktober ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia