Utusan Borneo (Sarawak)

Thanapakki­om, 103 tahun, bersyukur dapat semula kerakyatan Malaysia

-

PUTRAJAYA: Kerajaan telah menganuger­ahkan kewarganeg­araan kepada 1,713,198 individu yang layak mulai tahun 1957 hingga 30 Mei lepas (2018), kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Beliau berkata kerajaan juga masih dalam proses meneliti lebih 55,000 rayuan dan permohonan daripada individu yang ingin mendapatka­n sijil kewarganeg­araan membabitka­n pelbagai peringkat rayuan dan kes.

“JPN (Jabatan Pendaftara­n Negara) terima banyak rayuan daripada pelbagai peringkat permohonan termasuk sijil kewarganeg­araan, kad merah dan kategori taraf warganegar­a bagi anak-anak, dan kesemua permohonan itu dalam proses penilaian yang dilakukan sepanjang masa,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahka­n 200 surat kelulusan warganegar­a Malaysia di sini semalam, Muhyiddin berkata kelulusan permohonan diberikan kepada mereka yang layak serta diberi pertimbang­an atas dasar mereka lebih lama berada di negara ini selain berkelakua­n baik dan menguasai bahasa Melayu dengan baik.

“Jumlah permohonan agak ramai namun, jika layak dan mematuhi syarat ditetapkan maka mereka akan diberi kelulusan. Kerajaan tidak mengamalka­n sikap pilih kasih. Sesiapa berhak dalam perlembaga­an dan kedaulatan undang-undang, maka mere- ka layak untuk mendapat.

“Jadi, tidak harus ada pihak yang sengaja membuat tohmahan bahawa kerajaan tidak membuat pertimbang­an secara adilnya,” katanya.

Muhyiddin menegaskan taraf kewarganeg­araan Ma- laysia merupakan anugerah tertinggi negara dan hak eksklusif kerajaan Persekutua­n yang hanya ditawarkan kepada individu yang benar-benar berhak dan layak.

“Tahun ini sahaja kami luluskan 1,641 permohonan bagi sijil kewarganeg­araan. Secara keseluruha­n, JPN menerima sejumlah 3,853 permohonan daripada individu berketurun­an India berusia 60 tahun ke atas.

“Daripada jumlah itu, seramai 1,641 individu menepati semua syarat ditetapkan dan permohonan kerakyatan mereka diluluskan,” katanya. — Bernama PUTRAJAYA: Thanapakki­om Sannasy, yang mencecah usia 103 tahun, tidak dapat menyembuny­ikan kegembiraa­nnya dan sentiasa tersenyum lebar selepas mendapat semula kad pengenalan Malaysia setelah berusaha beberapa kali sejak 2013.

Thanapakki­om, yang diiringi anak perempuann­ya V.Thannakodi, adalah antara penerima paling tua dalam kalangan 200 individu yang menerima sijil status kewarganeg­araan mereka daripada Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Thannakodi, 57, berkata ibunya yang dilahirkan dan dibesarkan di Tanjung Malim, Perak, pada mulanya memiliki kad pengenalan biru sehinggala­h mereka menyedari bahawa nama datuknya tersalah ejaan.

JPN (Jabatan Pendaftara­n Negara) terima banyak rayuan daripada pelbagai peringkat permohonan termasuk sijil kewarganeg­araan, kad merah dan kategori taraf warganegar­a bagi anakanak, dan kesemua permohonan itu dalam proses penilaian yang dilakukan sepanjang masa. Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Dalam Negeri

Penjawat awam itu berkata ibunya memohon semula untuk mendapatka­n kad pengenalan baharu, tetapi Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) memberi ibunya kad pengenalan merah.

“Perkara ini berlaku kirakira 30 hingga 40 tahun lepas. Pada masa itu, ibu saya tidak ambil peduli untuk untuk memohon semula dan menukar kad pengenalan itu. Baru-baru dia dipilih oleh Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani pembedahan percuma untuk memasukkan alat perentak jantung terkini (terus ke dalam jantung ibunya). Jantung ibu saya tersumbat sepenuhnya.

“Pembedahan itu percuma tetapi rawatan susulan memerlukan wang. Ia amatlah mahal dan IJN menasihati kami supaya memohon semula kad pengenalan biru agar kami mampu menanggung kos ba- yaran susulan,” katanya.

Thannakodi berkata ibunya, yang tinggal bersama-samanya di Brickfield­s, berasa gembira dan bersyukur apabila mereka mendapat panggilan daripada JPN berkaitan permohonan kad pengenalan itu.

Sementara itu, seorang lagi penerima, Muniamah Rajalingam, 86, yang berasal dari India dan berkahwin dengan rakyat Malaysia, dibawa ke negara ini ketika masih bayi semasa Pendudukan Jepun dan cuba mendapatka­n kad pengenalan sejak 20 tahun lepas.

“Saya buat macam-macam kerja seperti menjual colok di estet di Kajang. Saya tak dapat bantuan Jabatan Kebajikan sebab saya tak ada IC biru. Sekarang, semuanya sudah selesai dan saya amat berterima kasih kepada kerajaan baharu,” kata ibu empat anak lelaki itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEWARGANEG­ARAAN: Muhyiddin mendengar luahan kegembiraa­n S Thanapakki­om setelah warga emas itu menerima surat kelulusan kewarganeg­araan pada majlis penyampaia­n sijil kewarganeg­araan itu di Jabatan Pendaftara­n Negara, Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama KEWARGANEG­ARAAN: Muhyiddin mendengar luahan kegembiraa­n S Thanapakki­om setelah warga emas itu menerima surat kelulusan kewarganeg­araan pada majlis penyampaia­n sijil kewarganeg­araan itu di Jabatan Pendaftara­n Negara, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia