Utusan Borneo (Sarawak)

MA63: Hanipa saran Wan Junaidi tulis surat cadangan kepada kerajaan

-

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar disaran menulis surat rasmi kepada kerajaan jika Ahli Parlimen Santubong itu berasakan komposisi anggota Jawatankua­sa Khas Kabinet untuk menyemak dan menyelaras Perjanjian Malaysia (MA63) tidak memihak kepada Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin berkata kerajaan kini adalah terbuka kepada sebarang cadangan.

“Kalau Yang Berhormat Santubong rasa wakil-wakil itu masih tidak menepati kehendak Sabah dan Sarawak, Yang Berhormat boleh tulis kepada kerajaan untuk mem- buat cadangan.

“Kami tidak ada masalah kerana kami ialah kerajaan yang sentiasa mendengar suara rakyat,” katanya menjawab soalan tambahan Wan Junaidi pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Wan Junaidi memberitah­u Dewan bahawa representa­si dari Sabah dan Sarawak dalam jawatankua­sa itu amat kurang dan sebarang keputusan dibuat nanti mungkin boleh dieksploit­asi.

Mengulas lanjut, Hanipa berkata walaupun jumlah perwakilan daripada Sabah dan Sarawak dilihat kurang, namun mereka yang menganggot­ai jawatankua­sa itu adalah individu yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan penting yang berbangkit.

“Mungkin jumlah mereka tidak ramai, tapi mereka ialah orang yang boleh buat keputusan. Ada autoriti, berbanding jika hantar orang ramai, tapi tidak boleh buat keputusan. Jadi kita pilih orang yang boleh buat keputusan, boleh bagi keputusan muktamad,” katanya.

Pada 10 Oktober lepas, kerajaan mengumumka­n pewujudan jawatankua­sa itu yang diketuai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan dianggotai 15 anggota lain.

Antaranya ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Jawatankua­sa itu dijangka bermesyuar­at dalam masa sebulan di Putrajaya bagi menentukan hala tuju mengenai MA63. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia