Utusan Borneo (Sarawak)

Mereka mengaku tidak bersalah atas enam tuduhan pecah amanah wang k’jaan Malaysia berjumlah RM6,636,065,000

-

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah yang mengaku tidak bersalah atas enam tuduhan pecah amanah wang milik kerajaan Malaysia berjumlah RM6,636,065,000, masing- masing dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Azman Ahmad turut membenarka­n Najib dan Mohd Irwan Serigar membayar jaminan sebanyak RM500,000 hari ini ( semalam) dan baki selebihnya dibayar dalam masa 10 hari bermula dari tarikh hari ini (semalam).

“Kedua- dua tertuduh perlu menyerahka­n pasport antarabang­sa dan diplomatik, sekiranya ada kepada mahkamah sehingga kes selesai dan mereka juga dilarang mengganggu saksi pihak pendakwaan sepanjang kes berlangsun­g,” katanya.

Beliau turut menetapkan 29 Nov untuk sebutan semula kes berkenaan.

Terdahulu, bekas Hakim Mahkamah Persekutua­n Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang dilantik sebagai timbalan pendakwa raya kanan mencadangk­an jaminan RM3 juta dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh.

Peguam utama mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon jumlah jaminan RM4.5 juta yang telah dibayar oleh anak guamnya dalam kes sebelum ini diguna pakai dalam kes ini.

Muhammad Shafee berkata anak guamnya sebelum ini dibebaskan dengan jaminan RM4.5 juta bagi 32 pertuduhan yang dihadapiny­a dan ia merupakan jumlah jaminan tertinggi dalam sejarah Malaysia.

“Saya juga ingin menegaskan satu perkara iaitu perlu membuat penilaian peringkat global bagi merujuk kes lain kerana ini adalah satu daripada kes di mana seseorang menghadapi pertuduhan di beberapa mahkamah dan jaminan ditetapkan di beberapa mahkamah.

“Anak guam saya tidak bercadang meninggalk­an negara kerana beliau mahu membersihk­an namanya dan nama keluarga beliau.

“Anak guam saya juga terlibat dalam arena politik dan beliau pernah menjadi Menteri Besar Pahang, Timbalan Perdana Menteri, Perdana Menteri dan kini beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pekan,” katanya.

Sri Ram, bagaimanap­un membantah permohonan Muhammad Shafee untuk membenarka­n Najib dibebaskan menggunaka­n jumlah jaminan sebelum ini, menyatakan kesalahan dihadapiny­a adalah serius.

Sementara itu, peguam Datuk K. Kumaraendr­an yang mewakili Mohd Irwan Serigar memohon agar anak guamnya dikenakan ikat jamin RM500,000.

“Tujuan jaminan itu bukan untuk menghukum tertuduh, tetapi hanya untuk menjamin kehadiran tertuduh. Anak guam saya juga telah memberi kerjasama kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia semasa penyiasata­n,” katanya dan menurutnya anak guamnya tidak cenderung untuk melarikan diri daripada menghadiri prosiding mahkamah.

Kumaraendr­an juga berkata anak guamnya telah memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan dan menerima pelbagai anugerah termasuk Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang.

Sementara itu, Sri Ram berkata Mohd Irwan Serigar telah mendapat faedah daripada perkhidmat­annya dan juga emolumen.

“Beliau telah menerima (bayaran) berjuta-juta daripada jawatannya sebagai pengarah ( syarikat). Jadi, beliau bukan seorang rakyat yang baik. Ini bukan kisah rakyat yang baik. Beliau diberi bayaran tinggi atau boleh saya katakan terlalu tinggi.

“Beliau ialah pemegang amanah tertinggi bagi wang di negara ini. Malah beliau berdiri di sini di hadapan tuan dengan tuduhan melakukan pecah amanah. Jadi, tidak sukar untuk beliau mencari penjamin bagi RM3 juta,” hujah Sri Ram.

Sementara itu, seorang lagi peguam yang mewakili Mohd Irwan Serigar, Datuk Geethan Ram Vincent berkata bayaran gaji dan emolumen yang dinyatakan pihak pendakwaan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes yang dihadapi anak guamnya semalam.

Beliau berkata bayaran berkenaan diterima anak guamnya secara sah dan beliau tidak mendapat apaapa manfaat daripada wang yang dinyatakan dalam pertuduhan.

Berhubung kenyataan Sri Ram bahawa Mohd Irwan Serigar bukan seorang rakyat yang baik, Geethan berkata anak guamnya tidak bersalah sehingga dibuktikan beliau benar-benar bersalah.

“Adalah tidak wajar pihak pendakwaan membuat kenyataan sedemikian,” tegasnya.

Peguam itu berkata anak guamnya juga akan menyerahka­n pasportnya kepada mahkamah dan membuat akujanji untuk hadir ke mahkamah sepanjang kes berlangsun­g.

“Oleh itu, jumlah jaminan RM500,000 adalah memadai dan wajar diberikan kepada anak guam saya,” kata Geethan.

Di awal prosiding, Sri Ram memohon izin mahkamah supaya keenam-enam pertudu- han yang dihadapi kedua-dua tertuduh dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Jurubahasa wanita itu kemudianny­a membacakan setiap pertuduhan yang dihadapi kedua-dua tertuduh satu persatu dan bertanyaka­n kepada Najib terlebih dahulu sama ada beliau faham pertuduhan yang dibacakan dan mengaku bersalah ataupun tidak?

Najib hanya mengangguk tanda faham dan berkata,” mohon dibicaraka­n”.

Mohd Irwan Serigar juga mengangguk tanda faham dan berkata,”mohon dibicaraka­n”, ketika jurubahasa mahkamah mengambil pengakuan daripadany­a.

Kedua- duanya kelihatan tenang ketika berada di kandang tertuduh dan sesekali kelihatan mereka menyilangk­an tangan ke belakang. Sebelum pertuduhan dibacakan terhadap mereka, Najib dan Mohd Irwan Serigar dilihat berbual seketika.

Selain Sri Ram, pihak pendakwaan turut dibantu Timbalan Pendakwa Raya Kamal Bahrin Omar dan Ahmad Sazilee Abdul Khairi.

Turut membantu Muhammad Shafee ialah peguam Harvinderj­it Singh, Farhan Read, Wan Aizuddin Wan Mohammed, Rahmat Hazlan, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Syahirah Hanapiah.

Sementara Kumaraendr­an dan Geethan turut dibantu peguam Dev Kumaraendr­an, Lavinia Kumaraendr­an dan Revin Kumar. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? IKAT JAMIN: Najib ketika sidang media selepas membayar ikat jamin berikutan pertuduhan kes pecah amanah yang dilakukan membabitka­n wang milik kerajaan Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama IKAT JAMIN: Najib ketika sidang media selepas membayar ikat jamin berikutan pertuduhan kes pecah amanah yang dilakukan membabitka­n wang milik kerajaan Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia