Utusan Borneo (Sarawak)

Hasanah mengaku tidak bersalah tuduhan pecah amanah AS$12.1 juta

-

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidik­an Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Hasanah Abdul Hamid mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta milik kerajaan Malaysia, pada April lepas.

Hasanah yang tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada jam 8.30 pagi, merupakan bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azman Ahmad selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar, manakala pembelaan diwakili peguam Datuk Shaharudin Ali dan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Mengikut pertuduhan, Hasanah, 61, dalam kapasitiny­a sebagai penjawat awam telah melakukan perbuatan itu di Pejabat Ketua Pengarah, BahagianPe­nyelidikan­JPM, Kompleks JPM, Pusat Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n, Putrajaya antara 30 April dan 9 Mei 2018.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara minimum dua tahun maksimum 20 tahun, dan sebatan, dan boleh juga dikenakan denda.

Terdahulu, Kamal Baharin menawarkan jaminan sebanyak RM1 juta, bagaimanap­un Shaharudin memohon jumlah itu dikurangka­ndanmencad­angkan anakguamny­ahanyadibe­narkan jaminanRM3­00,000mengamb­il kira beberapa faktor termasuk Hasanah merupakan seorang bekas ketua pengarah perisikan yang banyak berjasa dan turut menyumbang­kepadakeam­anan negara.

Shaharudin turut menegaskan tuduhan terhadap Hasanah tiada kaitan dengan kes yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah yang telah didakwa di mahkamah sama sebelum itu serta tiada kena-mengena dengan kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

“Tertuduh adalah seorang wanita berumur 61 tahun dan beliau adalah seorang yang lemah secara fizikal, tidak dapat bergerak seperti orang sihat lain. Apabila tertuduh dilepas dari reman pada 3 September lepas, beliau boleh jika hendak lari atau sembunyi atau mengelak dari negara ini tetapi beliau tetap berada di Selangor.

“Tertuduh juga adalah bekas ketua pengarah JPM yang telah diketahui umum adalah ejen perisikan negara yang utama, selaras dan sama tugasnya dengancawa­ngankhasda­nperisikan tentera. Beliau telah dilatih dan dididik untuk menjaga keselamata­n negara, takkanlah beliau pengecut untuk lari dari negara ini dan tidak menghadapi tuduhan terhadapny­a. Seorang ketua pengarah perisikan negara akan berani hadapi pertuduhan ini, berani di mahkamah dan tidak akan lari,” katanya.

Shaharudin menambah semua akaun bank Hasanah kini telah dibekukan termasuk wang gajinya sebelum ini serta wang pencen yang berada di dalam akaun tersebut.

KamalBahar­inbagaiman­apun membantah jumlah RM300,000 yang dicadangka­n peguam itu dan menyifatka­n ia tidak munasabah jika dibandingk­an dengan jumlah yang terlibat dalam tuduhan iaitu lebih RM50 juta walaupun hanya melibatkan satu pertuduhan.

Hakim Azman kemudian membenarka­n Hasanah diikat jamin RM500,000 dengan dua penjamin berserta syarat tambahan perlu menyerahka­n pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Pada 28 Ogos lepas, Hasanah ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penyelewen­gan dana Pilihan Raya Umum Ke-14, beliau telah direman selama enam hari bermula 29 Ogos dan dibebaskan kelmarin dengan jaminan SPRM. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PECAH AMANAH: Hasanah keluar setelah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen berhubung isu pecah amanah membabitka­n wang milik Kerajaan Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PECAH AMANAH: Hasanah keluar setelah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen berhubung isu pecah amanah membabitka­n wang milik Kerajaan Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia