Utusan Borneo (Sarawak)

Pengurusan kes Muhammad Shafee ditetapkan 5 Disember ini

-

KUALA LUMPUR: Pengurusan kes peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang berhadapan dengan dua pertuduhan pengubahan wang haram dan dua pertuduhan membuat suatu penyata tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ditetapkan pada 5 Dis ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah menetapkan tarikh itu selepas mendengar permohonan bekas Hakim Mahkamah Persekutua­n Datuk Seri Gopal Sri Ram selaku pendakwa raya bahawa terdapat beberapa dokumen yang masih belum diserahkan kepada pihak pembelaan.

Peguam Harvinderj­it Singh yang bertindak bagi pihak Muhammad Shafee tidak membantah permohonan berkenaan.

Pada 3 Oktober lepas, hakim membenarka­n permohonan Muhammad Shafee untuk memindahka­n kesnya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi selepas pihak pendakwaan dan pembelaan bersetuju supaya kes itu dipindahka­n.

Pada 13 September lepas, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan melibatkan diri dengan pengubahan wang haram iaitu dengan menerima hasil daripada aktiviti haram, masingmasi­ng berjumlah RM4.3 juta dan RM5.2 juta melalui dua keping cek AmIslamic Bank Berhad milik Mohd Najib Abd Razak yang dimasukkan ke dalam dua akaun CIMB Bank Berhad milik tertuduh.

Muhammad Shafee dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, J2 & K1, Taman Tunku, Bukit Tunku dekat sini pada 13 Sept 2013 dan 17 Feb 2014.

Kedua-dua pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM5 juta dan penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada akitiviti haram iaitu dengan membuat suatu penyata tidak betul kepada LHDN yang bertentang­an dengan Perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi Tahun Kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014.

Bagi pertuduhan itu, Muhammad Shafee didakwa meninggalk­an pendapatan yang telah diterima pada 13 September, 2013 berjumlah RM4.3 juta dan pendapatan yang diterima pada 17 Feb 2014 berjumlah RM5.2 juta melalui dua keping cek AmIslamic Bank Berhad milik Mohd Najib Hj Abd Razak yang dimasukkan ke dalam dua akaun CIMB Bank Berhad milik tertuduh, yang mana tertuduh dikehendak­i oleh Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk membuat penyata bagi pihak tertuduh.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini pada 3 Mac 2015 dan 29 Jun 2015. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERTUDUHAN: Shafee ketika sidang media berkenaan pertuduhan kes pecah amanah yang dilakukan membabitka­n wang milik Kerajaan Malaysia di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PERTUDUHAN: Shafee ketika sidang media berkenaan pertuduhan kes pecah amanah yang dilakukan membabitka­n wang milik Kerajaan Malaysia di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia